Kouichi Fuad Honda merupakan seorang penulis khat dari Negara Jepun, telah datang ke Malaysia pada 22-24 November 2008 yang lalu sempena program IAS-AEI International Conference NEW HORIZON IN ISLAMIC AREA STUDIES: ISLAMIC SCHOLARSHIP ACROSS CULTURE AND CONTINENTS, yang dianjurkan bersama oleh Universiti Malaya, NIHU Programe Islamic Area Studies (Japan), Asia-Europe Institute.
Beliau juga mengadakan pameran seni khat bertempat di Yayasan Restu, Kompleks Taman Seni Islam Selangor bermula dari 22.11.2008. Pameran ini akan diadakan selama tiga bulan. Diharap kepada peminat-peminat seni khat tanah air tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pameran ini. Selain dari Kouichi Fuad Honda, terdapat juga pameran daripada seorang tokoh Islam Indonesia, Bapak Mahmud Buchari dan karya-karya terbaru Yayasan Restu sendiri. Ketika di sini Professor Kouichi Fuad Honda sempat berkongsi ilmunya dalam seni khat menerusi syarahan yang bertajuk ‘Aesthetic Or Philosophical Meaning Of The Lines Of Arabic Calligraphy’ dan mengadakan demontrasi menulis khat.
27/11/2008 at 7:45 pm
Tokoh khat yg sy kagumi juga, lama tahu tntg khattat dari jepun ni, dan setahu sy skrg pun beliau giat memberikan latihan dan kelas menulis khat pada penduduk jepun, dan pernah lihat gambar dia mengajar menulis khat diwani dan farsi kepada pelajarnya.
Ustaz, pameran ni sekadar pameran karya shj ke atau ada demonstrasi juga dari khattat Kouichi Honda & Pak Mahmud?
28/11/2008 at 2:36 pm
syukran.mdh2n tak terlpas pluang keemasan ini.yg nak tngok sgt adalah karya terbaru ust. pertanyaan.. ust fadil tak bina blog?
28/11/2008 at 5:04 pm
amat mengagumkan…
sayangnya ana tak dapat nak menjenguk sendiri khattat jepun kat yayasan restu…
jauh teramat sangat…
30/11/2008 at 11:31 am
alhamdulillah, saya sempat pergi pameran khat tersebut. saya kagum dengan kebolehan khattat honda, terutama khat thuluth, diwani jali dan diwani ‘adi. terima kasih ust baki.
30/11/2008 at 4:06 pm
alhamdulillah, saya sempat pergi tengok pameran tersebut, sungguh kagum dengan khattat honda, mahir dalam semua khat, terutama thuluth, diwani dan diwani jali, syukran baki!
09/12/2008 at 6:55 pm
salam ust² sekelian..ermm ruginya ana xdpt join pameran tersebut..ermm, moga usaha ust² semua di rahmati Allah..
28/12/2008 at 5:59 pm
Dear All,
We are some Bangladeshi Calligrapher invite you all. Please take a tour our web blog and coment. http://bdcalligraphy.blogspot.com
Thanks and Regards
Mohammad Abdur Rahim
mail: rahimcalligraphy05@gmail.com
10/01/2010 at 7:40 am
verry good
10/01/2010 at 8:08 am
asslkm….salam kenal tlng saya di kirimi biografi prf fuad kuichi honda buat referensi.trim tas kirimannya wassalam
15/03/2010 at 10:32 am
Selam aleykum dear all calligraphers,
mashAllah very beautiful works i love it
my best selam
Hasan Temiztürk