Kelas Intensif SENI KHAT Cuti Sekolah

  • “Belajarlah menulis khat dengan cantik, sesungguhnya ia anak kunci rezeki” Saidina Ali K.A.W.
  • Kelas Intensif Seni Khat ini sesuai untuk semua peringkat usia.
  • Terdapat dua sesi kelas untuk dipilih oleh peserta: 1. Pada sebelah pagi dari jam: 9.00am-11.00am dan 2. Pada sebelah malam dari jam 8.00pm-10.00pm.
  • Tempoh pembelajaran selama 5 minggu. Kelas akan bermula pada 22 Nov 2010 – 22 Dis 2010, setiapa hari isnin, selasa dan rabu.
  • Kelas intensif seni khat ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh: Ustaz Abdul Baki Abu Bakar
  • Peralatan menulis seni khat disediakan.
  • Suasana pembelajaran yang kondusif.
  • Menambah nilai pada kreativiti dan kerja-kerja anda.
  • Memaksima cuti sekolah dengan kegiatan seni Islam.
  • Satu kelas terhad hanya 25 orang sahaja. Daftar segera..!
  • Daftar cara mudah dengan menaip SMS: Khat Intensif<jarak>Nama Anda<Umur> dan hantarkan ke 019-3932947.
  • Tel: 019-3932947 (Ust. Baki). 012-6338240 (Ust. Adam)

17 Responses to “Kelas Intensif SENI KHAT Cuti Sekolah”

  1. zaid ikh one Says:

    asslm.memang best kalau berpeluang.byk lagi rahsia tak tercungkil.

  2. Baki Says:

    Wslm zaid. Kalau anta datang lagi best. Ramai juga peserta yang telah daftar duduk luar dr shah alam/ selangor. Ada dari kedah, pahang, serawak.. Bukan sekadar khat nasakh dan thuluth. Khat2 lain juga kita boleh bincang. peserta makin ramai mendaftar, kena segera kalau nak join. T.kasih.

  3. dzulhakim Says:

    Assalamualaikum. dah lama teringin nak join kelas2 khat ni. kalau yang baru dan fresh macam saya boleh join?

  4. Baki Says:

    Waalaikumussalam. dzulhakim, boleh join tak ada masalah. Masa fresh la kena belajar, kalau dah pakar tak boleh la belaja di sini lagi. Kena pergi menuntut dkt Turki la pulak. Nak daftar mudah saja, taip SMS: Khat Intensif-jarak-Nama Anda-jarak-Umur. Kemudian hantarkan ke :019-3932947

  5. irma Says:

    Assalamualaikum…

    Ada tak kelas yang dibuat sekitar kuala Terengganu…
    nak joint juga..

  6. Hashim Rais Says:

    Salam cikgu,

    Kelas malam mula dan habis pukul berapa?

    Sekian,
    Hashim Rais

  7. niknadz Says:

    bayarannya mcmana?

  8. Baki Says:

    Waalaikumussala. Terima kasih irma, hashim rais, niknadz.
    Kelas di Kuala Terengganu saya tak pasti ada atau tidak sekarang. Dulu rasanya Ustaz Ilyas pernah juga buat. Sekarang saya tak pasti, kena tanya orang-orang Terengganu lah ni..
    Kelas Intensif pada sebelah malam mula dari pukul 8.00pm – 10.00pm. Kelas pagi, mula 9.00am-11.00am. Tuan-tuan boleh buat pilihan untuk sesuaikan waktu kelas dengan masa masing-masing. Yang penting kita berpeluang belajar seni khat ini.
    Proses pendaftaran cukup mudah. Step 1: Bank-in RM200 ke “Diwani Kraf” – Bank Muamalat 1206000252508713. Step 2: Tel 019-3932947 untuk pengesahan tempat.

  9. muhad Says:

    Assalamualaikum,

    Masih ade kosong ? Ini untuk org dewasa atau kanak kanak?

    Muhad

  10. Baki Says:

    Waalaikumussalam Muhad, Ya masih ada kekosongan. Untuk mendaftar hanya SMS…Khat Intensif-jarak-Nama Anda-jarak-Umur. Kemudian hantarkan ke :019-3932947

  11. Aiman Says:

    Salam,ustaz… Ana merupakan seorang pelajar IPT. Ana berminat,tetapi ana ingin tahu kelas khat ini hanya diadakan sewaktu cuti sekolah sahajakah? Kerana tarikh cuti sekolah berbeza daripada tarikh cuti IPT. Jadi agak sukar juga untuk ana menghadiri kelas bukan dalam waktu cuti. Bagaimana ustaz?

  12. Baki Says:

    Wsalam Aiman. Jangan risau, kalau tak sempat hadir untuk program kelas khat cuti sekolah ini, Aiman boleh ikut kelas khat hujung minggu yang akan bermula pada bulan januari 2011 nanti . Kelas khat intensif ini memang di tumpukan kepada pelajar atau guru-guru yang mempunyai cuti yang panjang untuk mereka memperbaiki kemahiran mereka di dalam seni khat ini. Untuk kelas hujung minggu insya Allah saya akan umumkan tarikhnya nanti. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 0193932947

  13. aminah Says:

    Assalamualaikum…

    Tempat belajar kat mana, sekarang saya belajar di sg. petani Kedah, dan keluarga saya di Kelantan.

  14. Baki Says:

    Waalaikumussalam Aminah, kelas khat ini diadakan di seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Kalau berminat kena datang ke sini dan perlu cari tempat tinggal sendiri. Jika perlu maklumat lanjut, sila hubungi 019-3932947.

  15. azian Says:

    adakah pernah diadakan kursus khat ini sebagai program cuti sekolah di surau-surau ..adakah tenaga pelajar yang boleh mengajar kami di sini?

  16. Baki Says:

    Salam ahmad.norazian, setakat ni kita belum pernah buat lagi kursus khat cuti sekolah di surau-surau, tapi mungkin kita boleh cuba pada masa akan datang kalau ada tenaga pengajar yang mencukupi.

  17. monarita mohd hassan Says:

    Assalamualaikum wbt…
    Mohon tanya… cuti sekolah akan bermula tahun ini (2014), adakah kelas menulis khat untuk remaja ini diadakan lagi?
    Saya sangat berminat untuk mengikutsertakan anak2 saya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: