Sempena Ekspo Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka, Tahun 1429H Bersamaan 2008M, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Yayasan Restu dan Pusat Zakat Melaka akan mengadakan Pertandingan seni khat peringkat kebangsaan, pada 23 Mac 2008 (ahad), bertempat di Muzium Al-Quran Melaka, Bangunan Fasa II, Kompleks Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:
Tel: 06-2826526 / 06-2811289 / 06-2834698 / 06-2827464
(Pn. Zaiematunnisa / Pn. Laily / En. Nurman)
Kepada kawan-kawan yang ingin menyertai pertandingan ini tolong cepat sikit. Hubungi nama-nama di atas, kerana saya difahamkan tempatnya terhad..! First come first serve.
Untuk makluman, ketika itu juga kita mengadakan Pameran Seni Khat Warisan Kebangsaan selama satu bulan bermula dari 17 Mac 2008 hingga 20 April 2008, disamping diadakan demontrasi menulis khat oleh penulis-penulis khat dari Yayasan Restu.
“SENI KHAT WARISAN KEBANGSAAN”
13/03/2008 at 4:15 am
Ustaz…ada kategori ke? rasa nak masuk tapi dah tak berani…
14/03/2008 at 4:06 pm
Masuk je Firdaus.. Apa nak takut. Bukan senang orang Melaka nak buat pertandingan ni..!
15/03/2008 at 5:36 am
InsyaAllah ustaz, sy dah letak iklan mengenai pertandingan ni di Forum Senikhat, ada link ke blog ustaz sekali.
16/03/2008 at 7:06 am
Alaa.. sedihnye x dpt join.. huhu.. firdaus kalau masuk mmg johan la tu.. hehe.. sape2 yg masuk nnti, amik la gmbr karya pemenang.. boleh tgk nnti.. 😉
17/03/2008 at 6:47 am
belum tahu lagi, ramai pakar² yang masuk nanti, mesti ustaz zawadi, dan pakar² yang lain ada…jauh lagi nak sampai tahap diaorang tu…
17/03/2008 at 9:59 am
mana alamat nak hantar borang penyertaan, ke kene telefon dulu
17/03/2008 at 1:33 pm
(Araifin), Kalau Nak daftar kena telefon Perzim melalui no yang diberikan.
Effy kalau ada di sini boleh join sekali.. Lama tak tengok anta tulis, mesti dah mantap sekarang. Banyak rujukan kat sana..
Firdaus, jumpa di Muzium nanti.. Berlatih banyak-banyak. Manalah tahu ada rezeki..!
20/03/2008 at 7:07 am
assalamualaikum
sy sgt berminat.
tp sy sedang menunutut di uitm.
n kebetulan ad pertandingan perarakan kat sini.
xde pertandingan laen ke ustaz
klu ade maklumkan kpd sy ye?
syukran.
ilal liqaq
20/03/2008 at 11:41 am
me teringin nak jenguk2 .. tapi melaka tuh jauh banget laa.. kat jb bila nak buat?
21/03/2008 at 12:19 pm
Ustaz,
Tak ada ke kategory kanak-kanak ( 12 tahun kebawah) ?. Anak saya yang berumur 10 tahun amat berminat dengan tulisan khat.
21/03/2008 at 2:29 pm
(Hadi), Kategori kanak-kanak sekolah ada. Tapi untuk sekolah di Melaka sahaja. Yang menguruskan kemasukan kanak-kanak adalah Jabatan Pendidikan Negeri. untuk maklumat lanjut kena tanya Perzim.
23/03/2008 at 7:40 pm
Salam…
Rasa rugi x dapat join…melaka jauh sangat bagi saya yang study lagi di uitm chendering,terengganu ni…Apapun,tahniah kpd semua yang take part dalam pertandingan ni…bukan senang nak cabar senior khat ni….
untuk pertandingan di muzium terengganu 12 13 april ni,boleh bagi sebarang komen tak?
02/05/2008 at 11:12 am
salam alaik..buat zaida..
saya salah seorang peserta khat peringkat sekolah menengah (tingkatan4-6) y diadakan baru2 ni kt muzium trg..ramai y sertai pertandingan tu..
persaingan mmg sengit..hadiah2nya pun mmg lumayan..Alhamdulillah,3 drpd 5 psrta sekolah saya mmngi johan dan 2 saguhati..
20/07/2008 at 8:53 am
salam alaik….
minat nak join sembang khat dan cari kenalan
20/07/2008 at 8:56 am
cari kenalan khat
21/07/2008 at 6:53 am
Silakan..Ahmad Fakhrurazi. Dari mana?
13/11/2008 at 5:13 am
ade khat tlg maklum kan kat saye bg sape2 yg dpt maklumat..
13/11/2008 at 5:15 am
word pertandingan t’cicir..huhu
03/03/2009 at 6:35 am
salam….saya amat meminati seni khat ni…tapi sukar nak cari tenaga pengajar…
03/03/2009 at 6:36 am
saya dok jauh di sarawak…
26/09/2009 at 2:31 am
assalamu’alaikum bisa kah kami dari indonesia ikut pertandingan ini? caranya bagaimana?
28/09/2009 at 3:48 am
waalaikumsslm (ato’illah).. saya tak pasti tentang perkara ini.. Harap bertanya terus kepada Muzium Kesenian Islam Malaysia.