Alhamdulillah.. Hari ini kami telah selesai mengadakan Pertandingan Seni Khat Terbuka sempena sambutan Maulid Rasul peringkat Negeri Melaka, Tahun 1429H yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Yayasan Restu. Pertandingan ini telah diadakan di Galeri Ketua Menteri Melaka di Peringgit. Seramai lebih 50 orang telah hadir bagi memeriahkan pertandingan pada kali ini. Pada pandangan saya kualiti keseluruhan tulisan para peserta sangat baik dan saingan juga sengit. Khat yang dipertandingkan adalah khat thuluth. Biasalah..Adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada yang menang dan saya nak ucapkan tahniah juga kepada yang kurang bernasib baik kerana telah berusaha dengan penuh semangat bagi memartabatkan seni khat. Sanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk memeriahkan pertandingan. Sudah tentu anda mendapat pengalaman yang sangat berharga di pertandingan ini. Pemenang pertandingan ialah: 1) Ustaz Hilyas (Terengganu), 2) Muhammad Zulfikri (Kedah), 3) Muhammad Ilham (Kelantan).
Inilah beberapa gambar suasana pertandingan dan pameran yang sempat diambil
23/03/2008 at 7:45 pm
Salam…
tahniah kpd semua yang take part..
tapi xboleh ke kategori dipecahkan lagi,sekurang-kurangnya dapat tengok lagi jelas bakat-nakat baru…
24/03/2008 at 5:53 am
as,kalau d lampirkan karya pmnang d sini mgkin lbih mkagumkan.nak tengok juga utk dbuat pnilaian.
24/03/2008 at 7:30 pm
Salam…
betul jgak…kalau ada karya peserta,mungkin akan datang,persembahan peserta dapat dipertingkatkan…
25/03/2008 at 12:10 am
Tahniah kepada semua pemenang…semoga lebih success lagi akan datang…
25/03/2008 at 2:50 pm
Firdaus, ada pertandingan cuba lagi.. tulisan di pertandingan tak sama dengan tulisan sebenar kita. Ramai boleh buat lebih baik tapi kat pertandingan jadi lain. Itu biasa..
26/03/2008 at 1:07 am
InsyaAllah ustaz, terima kasih sebab banyak beri tunjuk ajar pd sy, sy dah mula berlatih guna resam semula, lama dah tinggalkan
26/03/2008 at 7:27 am
tahniah kepada para pemenang..
ust baki, upload la karya pemenang.. nak tgk gak hasil diorg mcmane.. (^_^)
26/03/2008 at 7:51 am
ada yang sy dah upload kat forum senikhat, tapi forum dah tak boleh buka, rasanya ada problem dengan hosting tu
26/03/2008 at 3:17 pm
Assalamualaikum Ust, sy ni junior dlm bdng khat, tp sy jg turut b’saing dgn otai2 khat d’melaka ni.. s’wk2 p’tndngan ni b’lngsng, sy Xsempat nk tgk & tangkap gmbr kasil karya kwn2 yg laen sbb xckp masa.. so sy t’ingin sgt nk tgk karya2 kwn2 yg laen t’utamanya yg menang spy d’masa yg akn dtg sy dpt beri saingan yg mantap kpd otai2 khat t’sebut.. klu ust Xk’beratan, ust tnjk la karya saudara2 yg mng dlm p’tndngan tu.. lg1 ust, d’mana leh beli resam ye??
02/04/2008 at 7:33 am
ana hari tu tersesat.syukran pada ustaz baki kerana guide ana.tenaga pun dah habis.guna pen biasa pulak.ana pun kena kembali kepada resam..lawatilah blog ana http://www.khattat.blogspot.com. dlm bahasa arab
16/07/2008 at 2:23 am
Salam…
Ustaz,saya amat berminat dengan seni khat,saya asal bintulu sarawak.Boleh tak atau macam mana saya nak dapatkan buku-buku pengajaran tulisan khat.Saya nak kembangkan bakat saya lagi sebab dah jadi johan dalam pertandingan khat dulu.
17/07/2008 at 8:06 am
Waalaikumussalam Hailmi, Buku khat ni agak susah sikit nak cari di Malaysia. Tapi Kalau ada pameran buku khususnya di PWTC yang diadakan setiap tahun, cuba cari di situ. Pameran buku yang lepas saya ada beli 2 buku khat dari Mesir. Itupun hanya contoh2 sahaja, bukan kaedah belajar..
10/01/2009 at 5:54 pm
salam hailmi..kmk dr kuching,kmk wakil psatuan seni khat kbangsaan caw s’wak…ada papa mslh tntg khat pdh jak kmk…kmk ada bnyk bku khat dr timur tengah..call or sms kmk kat no tok..013-8230185
10/01/2009 at 5:57 pm
shbt2 skalian..klu ade mslh nak dptkan resam pg la ukm,bangi…kat sini resam bnyk kat spnjg jln…
10/07/2010 at 3:33 pm
SALAM.hailmi.ana amir.awak knal abang aiman .die tggal kat sarawak.tpi brsekolah d kelantan.maahad mhamadi llaki,kta bru