As-Syaikh Othman Taha

Othman Taha

Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan Othman Bin Abduh Bin Hussain Bin Taha, seorang penulis khat yang terkenal dengan penulisan Mushaf Madinah yang di terbitkan di Mujamma’ Malik Fahd. Berasal dari Syria. As-Syaikh Othman Taha yang dilahirkan pada tahun 1934M telah mendapat ijazah seni khat daripada gurunya yang masyhur iaitu Hamid Al-Amidi pada tahun 1973M. Beliau belajar seni khat daripada beberapa orang lagi tokoh terkenal di dalam bidang ini seperti Muhammad Ali al-Maulawi, Ibrahim Ar-Rifai’e, Muhammad Badwi Ad-Dairani dan Muhammad Hasyim Al-Baghdadi.

Syaikh Othman Taha osman-taha

Mula menulis mushaf pada tahun 1970M untuk untuk Kementerian Wakaf Syria, kemudian pada tahun 1988M beliau di jemput datang ke Madinah oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menulis Mushaf Madinah yang kini banyak dicetak dan diedarkan keseluruh dunia. Pada tahun itu juga beliau dilantik menjadi hakim pertandingan khat yang diadakan di Istanbul, Turki setiap tiga tahun sekali.

Dari tahun 1970M sehingga ke hari ini As-Syaikh Othman Taha telah menulis dengan lengkap sebanyak sepuluh buah mushaf, dimana setiap satu lembaran berukuran 100cm x 70cm dan mempunyai 15 baris. Diantara mushaf-mushaf yang telah ditulis olehnya ialah:

  1. Mushaf untuk Kementerian Wakaf Syria
  2. Mushaf dengan riwayat Hafs untuk Ad-Dar As-Syamiyyah
  3. Mushaf dengan riwayat Warash (Madinah)
  4. Mushaf dengan riwayat Hafs (Mengikut Mushaf Mesir-tiada wakaf sudut)
  5. Mushaf dengan riwayat Hafs (Mushaf Madinah)
  6. Mushaf dengan riwayat Qalun
  7. Mushaf dengan riwayat Ad-Duri

Beliau telah memperbaiki sistem susunan menulis mushaf yang mempunyai wakaf sudut daripada resam imlai kepada resam othmani mengikut sebuah mushaf yang ditulis pada zaman Othmaniah Turki. Sistem inilah yang digunakan pada Mushaf Madinah sekarang. Susunannya amat kemas, teratur, membahagikan juzuk secara konsisten dan ia dinamakan juga Mushaf Huffaz kerana struktur susunannya yang mudah digunakan oleh para huffaz untuk menghafaz al-Quran.

7 Responses to “As-Syaikh Othman Taha”

  1. Firdaus Says:

    ni rupanya khattat terkenal Othman Taha, suka betul dengan tulisan nasakh dia…

  2. effysaiful Says:

    yup.. cantik betul.. kemas 🙂 khat thuluth dia pun cantik gak.. lenggok lembut.. utk mushaf arab saudi, ada 2 versi kan?? yg terbaru ni versi yg mane ek?

  3. maimun Says:

    asklm ya ustaz……ana nak tanya somthing about khat …oy bagaimana caranyan kita menjadi seorang khatat yang sempurna???? ana dah lama bljr khat tapi kaht ana tak jadi-jadi?????
    syukran jazilan ala ijabatikum ya said… jazakallah hukhaer

  4. arabiccalligraphy Says:

    Walikmsslm (mainun).. Ramai pelajar, peminat dan penggiat seni khat mengalami masalah yang sama seperti anda. Saya sendiri pun masih banyak huruf yang tak jadi-jadi lagi. Sedangkan saya sudah mengambil masa yang sangat lama untuk belajar. Dalam pemerhatian saya, tokoh-tokoh khat yang hebat juga memerlukan masa yang panjang untuk belajar dan berlatih sehingga tulisan mereka menjadi mantap. Maka jawapannya yang pasti adalah latihan yang berterusan setiap hari walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

  5. Yusuf ibn Aiyyoub Says:

    I congratulate you for your untiring efforts in promoting Arabic calligraphy. You are fortunate to meet the masters, and I think you are also one of them. Insha Allah I will visit Indonesia some day.
    Please translate the content of your website into English, we cannot read Maya or Indonesian language.

  6. Baki Says:

    Thank you Mr. Yusuf. I’m Malaysian and living in Selangor state, I’m not Indonesian.. but we are neighbor country. I’m just small calligrapher here still learning, not among the masters of calligraphy. But i love it so much because it’s be able to me to write the quranic words nicely. If you come to Malaysia, please visit me here..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: