Kelas Intensif Seni Khat

Kelas Intensif SENI KHAT Cuti Sekolah 2011

Sempena cuti sekolah pada bulan November dan Disember tahun ini, Diwani Kraf akan menganjurkan Kelas Seni Khat   secara intensif selama 5 minggu bermula dari 21 November 2011 sehingga 21 Disember 2011 yang merangkumi jumlah waktu belajar selama 30 jam. Kelas ini akan dikendalikan oleh saya sendiri dan dibantu oleh beberapa orang lagi tenaga pengajar yang berpengalaman luas di dalam bidang seni khat dan penulisan mushaf (Al-Quran). Semua peserta akan disediakan nota buku kaedah dan peralatan menulis seni khat. Penuhilah masa cuti sekolah anak-anak anda dengan proram yang sangat bermanfaat ini untuk menambah nilai kepada kemahiran menulis seni khat mereka. Di dalam program ini para peserta akan diajar bagaimana kaedah menulis seni khat dan penggunaan alat tulis dengan cara yang betul sehingga mampu menulis ayat-ayat al-Quran dan jawi dengan baik. Bertindaklah untuk mendaftar anak-anak anda dengan segera kerana tempat sangat terhad…!!

4 Responses to “Kelas Intensif Seni Khat”

  1. djafer Says:

    جميل جدا بارك الله فيك يا أستاذنا أبوبكر عبدالباقي
    لو كنت أعيش هناك لكنت أول من يشارك معكم لكن للأسف .
    إذا كان من الممكن إعطاؤنا كتالوج أو نماذج لخط النسخ التي ستكون مع الملتقى .
    شاهد أحد تصحيح أستاذي لكتاباتي
    و أرجوا التقييم
    http://dja-des.blogspot.com/2011/10/blog-post.html

  2. nadiah nasir Says:

    salam. disebabkan ana lihat anta seperti dah lama mengembara dalam bidang khat ni, jadi kat sini ana nk btanya, ana baru menyambung pengajian di kaherah,mesir. adakah mana2 tempat @ sifu yang dikenali untuk belajar khat2 di sini. ana dah lama brkecimpung dalam khat ni, tapi hanya setakat di sekolah shj. ana harap dpt sambung balik minat ana ni di bumi anbiya ni bila ana ada masa terluang. jazakallahu khair.

  3. Baki Says:

    W.salam..Nadiah. Ramai khattat hebat di Mesir. Anda boleh jumpa dgn Usta Khudair Bursaid, Ustaz Balid Hamidi, Ustaz Munib dan ramai lagi. Boleh juga cari Madarasah Tahsinul Khat untuk belajar khat di sana..

  4. muhammad Says:

    Jauh ya ust, di malaysia, saya di Indonesia


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: