Khat Thuluth

Khat thuluth merupakan khat yang paling cantik dilihat dan yang paling sukar untuk ditulis.  Berbeza dengan Khat Nasakh dengan kelembutannya dan besar ukuran hurufnya.  Kebanyakan huruf mempunyai beberapa bentuk seperti huruf ba , dal, ra,  a`in,  kaf,  mim,  nun, ha,  lam alif dan ya.  Oleh yang demikian, penulis boleh menulis  pelbagai bentuk huruf dalam penulisannya.

Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri dan mempunyai  zuluf ( topi ) atau tarwisah seperti alif dan lam manakala bentuk huruf ha mempunyai tiga bentuk apabila bersambung dengan huruf  menegak, mendatar dan menurun.

khat thuluth

khat thuluth

13 Responses to “Khat Thuluth”

  1. Firdaus Says:

    Salam ustaz, sy kagum sungguh dgn tulisan ustaz pd post kali ni, semoga sy dpt smpai tahap begini kelak…

  2. arabiccalligraphy Says:

    Insya Allah Firdaus, tulisan Firdaus pun apa kurangnya, dengan sedikit usaha lagi tidak mustahil akan lebih baik daripa ini.. Tulisan khat yang cantik terletak pada minat, bakat dan kesungguhan kita ingin mempelajarinya..

  3. muati81 Says:

    askum ustaz, wah semakin bertambah majunya tulisan ustaz, mcm mana nak postkan tulisan sy utk ust tashihkan? saya dah cuba kat forum tp tak jd. betulka kata org, kita kena selalu tukar pena baru semangat nak menulis khat ni? apa2 pon selamat maju jaya….

  4. arabiccalligraphy Says:

    Waalaikumussalam Muati. Kalau tak boleh melalui forum tu, hantar melalui email saya pun tak apa (bakibkr@yahoo.com)

  5. Mohammed Mahsyuri Says:

    Assalamu ‘alaikum ustaz. Saya adalah peminat khat Thuluth ustaz, saya nak tanya ustaz mengenai dengan tanda-tanda yang terdapat pada Quran Resm Uthmani seperti tanda ‘saktah’, ‘Qili’ ‘Sili’ dan yang seumpamanya, adakah perlu kita khatkan (tulis) tanda-tanda tersebut apabila kita menulis khat Thulus? Dalam penulisan Al-Quran menggunakan khat Nasakh tanda-tanda tersebut memang disertakan. Terima kasih

  6. arabiccalligraphy Says:

    Waalaikumussalam (M. Mahsyuri), Tanda-tanda itu adalah untuk bacaan yang sempurna. Bila kita tulis ayat al-Quran mengikut Resm Uthmani (Mushaf Madinah) dan untuk bacaan umum sebaik-baiknya kita letak tanda-tanda tersebut bagi memudahkan orang ramai dapat membacanya dengan baik. Tetapi di dalam konteks penulisan khat thuluth dan penggunaanya di Malaysia, kita digalakkan menulis semua tanda-tanda bacaan yang terdapat pada Resm Uthmani sebelum meletakkan tazyin yang lain. Jika penggunaanya bukan untuk umum, terpulang samaada nak tulis atau tidak.

  7. Mohammed Mahsyuri Says:

    Alhamdulillah, terima kasih diatas penjelasan ustaz ustaz. Jika saya nak bantuan ustaz betulkan tulisan saya, apa cara yang sebaiknya adakah melalui email atau bagaimana?

  8. arabiccalligraphy Says:

    (M.Mahsyuri) uploadkan tulisan anda di forum, kalau tak dapat boleh email saya

  9. wax Says:

    slm..ape beza antara khat thuluth jali dengan khat thuluth?…macam sama jer..

  10. arabiccalligraphy Says:

    Jali bermaksub jelas. thuluth jali ialah thuluth yg ditulis dengan saiz (4mm ke atas) yang besar dan jelas. thuluth Aadi ialah thultuh yang ditulis dengan saiz yang kecil (3mm ke bawah)

  11. Waleed Karajah Says:

    Dear AbdolBaqi you really give this Art a taste by ur sweety and nice calligraphy you deserve the best in all Malaysia
    Ur Brother
    Waleed Karajah

  12. fyfie Says:

    saye nak belajar tentang seni dan cara khat thulus…

  13. cahaya puteri Says:

    assalamualaikum ustaz..saya nak mintak tolong ustaz tuliskan tulisan khat..boleh x?adakah dikenakan sebarang bayaran?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: