Tema Maulidur Rasul 1430: Wahdah Pemangkin Khaira Ummah. Tulisan menggunakan kaedah khat nasakh.
Khat Nasakh berkembang daripada bentuk yang kaku kepada bentuk yang terkini sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Khat ini telah sampaik kepada orang Arab Hijaz dan digunakan di jabatan-jabatan kerajaan dalam urusan surat-menyurat pada zaman permulaan Islam.
Semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyah kurun ketiga dan keempat ahli sejarah menjelaskan khat ini bertambah baik bentuknya apabila khattat Ali bin Muqlah (tahun 272-328H) telah mencipta kaedah penulisan Khat Nasakh.
Pada zaman Atabikah (545H), khat nasakh telah diperbaiki sehingga dikenali sebagai Khat Nasakh Atabik. Digunakan untuk penulisan al-Quran pada zaman pertengahan Islam menggantikan Khat Kufi Klasik.
Jenis-Jenis Khat Nasakh:
i. Nasakh Klasik
Nasakh semenjak zaman pemerintahan Kerajaan Abasiyah. Kaedah penulisan ini ditulis oleh Ibn Muqlah, diperelokkan oleh orang Atabikah dan dijelmakan dalam bentuk ukiran dan hiasan oleh orang Turki
ii. Nasakh Akhbar
Khat yang telah dikembangkan dari segi bentuknya yang jelas dan huruf yang tebal. Tulisan ini juga dinamakan tulisan ‘surat khabar’ kerana penggunaannya meluas dalam bidang akhbar.
Khat Nasakh Dalam Pertandingan
Khat Nasakh digunakan secara meluas dalam pendidikan dan sering menjadi pilihan untuk dipertandingkan di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam pertandingan ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan antaranya:
i. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur. Biasanya Khat Nasakh disempurnakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis jawi.
ii. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan. Tulisan itu disusun dengan keseimbangan dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.
iii. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal. Contohnya tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000)
11/03/2009 at 4:50 pm
salam ust..cntik post ust pd kali ni…moga-moga kita dlm golongan y sentiasa mencintai Rasulullah S.A.W.
Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa Baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku” kata Rasulullah S.A.W. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah S.A.W adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka”.Nahnu Fidaaka Ya Rasulullah….
13/03/2009 at 2:18 pm
cantik nasakh. nampak lain sikit stail ni
14/03/2009 at 2:40 pm
Saya sungguh tertarik kemahiran tuan menulis khat jawi dan arab dengan tulisan naskh dan thulus tu. Syabas, saya kira tuan adalah orang lama dibidang seni khat. Saya seorang graphics designer (digital artist) dan terlalu meminati seni khat islam terutama khat thulus, saya cuma meminati seni khat tetapi tidak begitu mahir menulis khat dengan menggunakan pen khat. Ketika ini saya menggunakan komputer untuk ‘mendigitizekan’ khat2 thulus ke dalam format ai (Adobe illustrator)
15/03/2009 at 6:51 am
assalamualaikum ust…
minta ust n kwn² komen sikit..ana lama x menulis ni..sbb sibuk dgn kuliah..
15/03/2009 at 6:52 am
x jdi pulk nk send hasil khat nasakh..hihi
16/03/2009 at 1:35 pm
Ini style campur Zuhud haha..
16/03/2009 at 1:39 pm
Terima kasih (Mohamad), kalau ada minat, sudah kira baguslah.. Anda sudah mahir grafik, boleh belajar guna pen pulak. Insya Allah ramai yang boleh bimbing.
29/12/2009 at 11:45 am
mcmana nk hubungi…
29/12/2009 at 4:31 pm
boleh tel 0193932947
10/03/2010 at 2:34 pm
salam,,boleh tolong buat design seni khat naskh bagi ayat ini ” universiti kebangsaan malaysia ” boleh x emel pada saya?
( saufiyah_sham@yahoo.com)…saya hendak tengok macam mana anda buat rekaan tersebut…syukran…