Sempat mengikuti bengkel seni khat yang disampaikan oleh Khattat dari negara Kuwait Jasim Mikraj sempena lawatan beliau menghadiri jemputan untuk program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival (PIIACUF 2016). Jasim adalah anak murid kepada khattat terkenal Turki, Ustaz Daud Bektash dan telah mendapat ijazah seni khat daripadanya. Banyak perkara yang dikongsikan oleh Jasim dalam bengkel tersebut dan sangat berbaloi rasanya dapat ikut serta. Semoga semua yang hadir mendapat manfaatnya.
20/12/2016 at 7:56 pm
mashallah nice mets with brothers