Seni khat ialah seni menulis huruf-huruf jawi atau arab dengan cantik yang dilakar berdasarkan kaedah-kaedah tertentu, daripada bentuk huruf tunggal sehinggalah kepada huruf berangkai menjadi susunan rapi yang seakan-akan mempunyai irama yang indah kepada mata kita. Namun alangkah ruginya jika tulisan yang seindah itu adalah tulisan yang salah. Samada salah dari segi ejaan jawi atau salah perkataan arabnya.
Jika diperhatikan, sudah ada inisiatif daripada pihak kerajaan dan masyarakat untuk mengembangkan penggunaan jawi dan seni khat. Banyak juga papan tanda menggunakan ejaan jawi, nama-nama jalan, di masjid, surau, sekolah dan sebagainya. Tetapi apa yang mendukacitakan, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan pada tulisan tersebut. Ada kesalahan ejaan yang besar dan jelas seperti tertinggal huruf dan ada juga kesalahan yang kecil. Perkara ini berlaku mungkin kerana kurangnya pemerhatian terhadap kaedah ejaan yang telah digariskan oleh DBP. Sebenarnya ia adalah sesuatu yang serius kerana kita telah mendedahkan masyarakat kepada ejaan-ejaan yang salah dan mengelirukan.
Bagi memperbaiki masalah ini adalah sangat mustahak kepada penggiat seni khat, syarikat-syarikat pengiklanan, penerbitan dan sebagainya mentashih atau menyemak dahulu tulisan mengikut ejaan jawi yang digariskan oleh DBP berpandukan buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU atau boleh juga dibuat semakan jawi online melalui link ini.
Bagi memudahkan tugas anda, kami di Yayasan Restu mempunyai kepakaran di dalam bidang penulisan khat dan semakan (tashih), samada di dalam ejaan jawi atau bahasa arab, Silalah kunjungi kami di:
Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
Persiaran Damai, Seksyen 10,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-55119001/ 9002/ 9003.