Semakan Ejaan Jawi

thuluth 

Seni khat ialah seni menulis huruf-huruf jawi atau arab dengan cantik yang dilakar berdasarkan kaedah-kaedah tertentu, daripada bentuk huruf tunggal sehinggalah kepada huruf berangkai menjadi susunan rapi yang seakan-akan mempunyai irama yang indah kepada mata kita. Namun alangkah ruginya jika tulisan yang seindah itu adalah tulisan yang salah. Samada salah dari segi ejaan jawi atau salah perkataan arabnya.

Jika diperhatikan, sudah ada inisiatif daripada pihak kerajaan dan masyarakat untuk mengembangkan penggunaan jawi dan seni khat. Banyak juga papan tanda menggunakan ejaan jawi, nama-nama jalan, di masjid, surau, sekolah dan sebagainya. Tetapi apa yang mendukacitakan, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan pada tulisan tersebut. Ada kesalahan ejaan yang besar dan jelas seperti tertinggal huruf dan ada juga kesalahan yang kecil. Perkara ini berlaku mungkin kerana kurangnya pemerhatian terhadap kaedah ejaan yang telah digariskan oleh DBP. Sebenarnya ia adalah sesuatu yang serius kerana kita telah mendedahkan masyarakat kepada ejaan-ejaan yang salah dan mengelirukan.

Bagi memperbaiki masalah ini adalah sangat mustahak kepada penggiat seni khat, syarikat-syarikat pengiklanan, penerbitan dan sebagainya mentashih atau menyemak dahulu tulisan mengikut ejaan jawi yang digariskan oleh DBP berpandukan buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU atau boleh juga dibuat semakan jawi online melalui link ini.

Bagi memudahkan tugas anda, kami di Yayasan Restu mempunyai kepakaran di dalam bidang penulisan khat dan semakan (tashih), samada di dalam ejaan jawi atau bahasa arab, Silalah kunjungi kami di:

Kompleks Taman Seni Islam Selangor,

Persiaran Damai, Seksyen 10,

40000 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03-55119001/ 9002/ 9003.

8 Responses to “Semakan Ejaan Jawi”

  1. abu uthbah Says:

    as,ayat kat atas tu ada ksilapan ke?lepas huruf sin utk sentiasa kna naik ke atau mndatar,baris jg bgaimana?

  2. arabiccalligraphy Says:

    Ejaan jawi tak silap, cuma dalam jawi ni, kalau kita letak baris akan ada sedikit masalah pada sebutan. Contohnya, ‘sen’ akan jadi jadi ‘san’ jika kita letak baris fathah, dan ada orang berpendapat tulisan jawi tidak boleh letak baris (tanda bacaan).. Bagi saya, apabila jawi ditulis menggunakan khat thuluth, kita terpaksa letak baris untuk menghasilkan susunan khat yang cantik. Kalau khat nasakh, diwani, riq’ah itu tidak ada masalah kalau tidak mahu letak baris.. WAllahu aa’lam.

  3. abu uthbah Says:

    kalau masuk pertandingan boleh ltaklah baris utk pkataan ber ,ter…..?dgn baris fathah.

  4. Khatz Says:

    Salam,ana berkeinginan utk mempelajari khat ini secara lebih mendalam cuma mungkin masa dan keadaan kurang mengizinkan utk ana mengikuti kelas atau pengajian khat ini secara khusus melalui kelas, jadi adakah ana diberi peluang utk menghasilkn tulisan2 khat pada masa lapang ana dan ana ingin ianya ditashihkn di pihak yayasan restu? ataupon sekiranya ada saranan lain?..syukran..An Ali (RA)Al-Khat Min Mafatih Rizq.

  5. Khatz Says:

    sblum ana terlupa, skiranya ana dberi peluang oleh Allah utk mengikuti kelas secara khusus di Yayasan restu ini, ana mahukan maklumat mengenai pendaftaran, yuran, tempoh belajar dan lain2 perkara yang berkaitan..wallahua’lam.

  6. arabiccalligraphy Says:

    Waalaikumussalam (Khatz), Untuk maklumat lanjut mengenai Kolej Restu atau berkaitan kelas-kelas khat yang ditawarkan anta boleh hubungi Saudara Zahamri di talian 03-55119001

  7. Mohamed Fahmi Says:

    Apa Maksud Kailey Aniqa dan ejaan Jawi kepada nama tersebut?

    Terima Kasih

  8. nur Says:

    jakallah kairan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: