Hamid al-Amidi

hanid amidi

hamid amidi hamid amidi hamid amidi

Hamid al-Amidi adalah seorang tokoh seni khat yang terkenal dengan karya-karyanya yang cantik dan mempunyai susunan yang sempurna. Beliau merupakan guru kepada seorang lagi tokoh seni khat yang hebat dan masyhur iaitu Hasyim Muhammad al-Baghdadi. Hamid al-Amidi dilahirkan pada tahun 1309H/1891M di bandar Diyar Bikr, terletak di Anadul yang dahulunya dikenali sebagai Amid. Itulah antara sebab beliau menisbahkan namanya dengan Hamid al-Amidi. Nama sebenar beliau ialah al-Syaikh Musa Azmi.

Hamid al-Amidi telah menguasai seni khat semenjak zaman remaja lagi ketika belajar di bandar kelahirannya di Amid. Seterusnya apabila berhijrah ke Istanbul, beliau mendalami lagi kemahiran seni khat terutama khat nasakh dan thuluth dengan gurunya iaitu Al-Haj Nazif Bik dan berterusan mengabdikan diri dalam bidang seni ini sehingga umurnya hampir 90 tahun. Kekuatan seni khatnya terserlah dengan kemampuannya menyusun dan mereka cipta dengan mata pena yang begitu unik dan mempersonakan.

Hamid al-Amidi dilahirkan pada zaman Kerajaan Uthmaniah yang terkenal dengan sumbangannya terhadap penghasilan seni khat yang amat bermutu tinggi, beliau mendapat gelaran Penulis Khat Turki Uthmaniah yang terakhir. Beliau memulakan kariernya sebagai guru khat dari tahun 1910 hingga 1912, kemudian sebagai sebagai kartografer di Maktab Tentera sehingga 1918. Seterusnya, beliau menumpukan kariernya sebagai penulis khat sepenuh masa . Beliau menyalin naskhah al-Quran sebanyak dua kali dan menghasilkan banyak karya agung termasuk tulisan sebagai hiasan pada banyak Masjid penting di Turki, misalnya Masjid Sisli di Istanbul dengan ragam hias menuskrip teradisional.

Pada tahun-tahun akhir hayatnya, ketika umur mencecah 90 tahun, beliau terus menulis dan menghasilkan karya seni khat. Suatu keajaiban yang ada pada dirinya ialah walaupun ketika itu beliau sudah tidak mampu untuk berjalan tegak dan tangannya sentiasa terketar-ketar, tetapi apabila beliau mula memegang pen khatnya untuk menulis, tangannya menjadi stabil dan hasil tulisannya masih tetap indah seperti pada zaman mudanya. Mengulas keadaan itu, beliau berkata, “Kemampuan dan kudratku kini  terhad sebagai manusia biasa yang telah dimamah usia, namun apabila aku memegang pena khatku, tanganku menjadi tegap bagai dipimpin erat oleh para malaikat untuk terus menulis ayat-ayat Allah”.

Hamid al-Amidi meninggal dunia pada tahun 1982 Masihi ketika berumur 91 tahun di Istanbul dan majlis pengebumiannya dihadiri oleh ramai pemimpin Islam termasuk Dr. Ekmeluddin Ehsanoglu, setiausaha agung OIC (Pertubuhan Negara-Negara Islam). Beliau merupakan khattat terakhir dari kalangan penulis-penulis khat terkenal di Istanbul Turki.

Sumber

1.        Ahmad Sobri Zaid, Tarikhul Khattul Arabi Wa A’alamul Khattatin

2.        Abd Rahman Hamzah, Khat & Jawi Mutiara Kesenian Islam Sejagat

4 Responses to “Hamid al-Amidi”

  1. nasibah Says:

    Aslm,bleh tak buat subtitle bg semua khat yg ada ni.
    nak cuba baca,tp xdpt.
    syukran..

  2. arabiccalligraphy Says:

    Subtitle..? InsyaAllah akan diusahakan

  3. AzizMostafa Says:

    Semoga BerJaya

  4. Iqbal Aceh Says:

    Subhanallah Ust..
    Maju Jaya..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: