Pameran Seni Khat Di Melaka

p3020069-copy.jpg  hadari2.jpg khattat.jpg

hadari3copy.jpg demo-khat3.jpg p3010027-copy.jpg

Minggu lepas, saya dan beberapa rakan di Yayasan Restu telah ditugaskan untuk membuat pameran Kesenian Islam dan Demontrasi Seni Khat di Perkampungan Hadhari Melaka. Kami berada di sana selama 3 hari (1 – 3/3/2008). Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Pada hari ahad (2/3/2008) merupakan hari perasmian program dan kemuncak acara. Agak ramai juga pengunjung yang datang ke booth kami yang mempamerkan pelbagai lembaran seni mushaf, seni khat, hiasan dalaman, cop mohor, cenderahati dan demontrasi menulis khat. Ada yang membeli cenderahati untuk anak-anak dan orang tersayang dan ada yang mengambil kesempatan menulis nama dalam seni khat untuk kenang-kenangan dan sebagainya. Orang Melaka sememangnya baik dan ramah. Alhamdulillah, kami mendapat kerjasama dari semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada penganjur iaitu Kerajaan Negeri Melaka, Perbadanan Melaka Holding (PMH). Terima kasih juga kepada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang banyak menolong kami dari awal hingga akhir.

Sebagai pengumuman kepada orang-orang Melaka, kami akan kembali lagi..! Yayasan Restu dengan kerjasama PERZIM, Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) dan Perpustakaan Negara akan mengadakan Pameran Seni Khat selama satu bulan di Muzium al-Quran Melaka (sebelah Masjid al-Azim) pada 17 Mac 2008 – 20 April 2008. Jemputlah datang beramai-ramai ke pameran tersebut.