ZIKRULLAH

ZIKRULLAH Dalam Hiasan Lanskap

“Zikir di Mana Saja, Bila-Bila Masa”

Di kegelapan malam, pandangan tertancap pada lafaz suci Allah yang terpahat indah di dinding luar rumah ini. Dibalut cahaya yang lembut, setiap huruf seolah-olah berbisik memanggil hati untuk mengingati-Nya. Setiap yang melintasi, walau sejenak, pasti terdetik untuk menyebut nama-Nya…Allah, Allah, Allah…

Zikir tidak terikat oleh tempat atau masa. Di mana pun kaki melangkah, setiap hela nafas adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Dan ketika pandangan singgah pada Khat Thuluth (Lafzul Jalalah) yang memancarkan keindahan Ilahi ini, hati terasa tenang, jiwa terasa damai.

Betapa beruntungnya tuan rumah ini, kerana setiap zikir yang terucap oleh sesiapa sahaja yang memandang, menjadi pahala yang terus mengalir. Semoga setiap detik ingatan kepada Allah di halaman ini membawa keberkatan yang melimpah, menjadi saksi cinta kepada Pencipta yang abadi.

“Hidupkan zikir di hati, di setiap ruang, di setiap masa.”

Untuk keterangan lanjut untuk tempahan karya tulisan khat di wall seperti ini, boleh hubungi kami di 019-3932947.