
Ia berbeza dari khat Diwani kerana terdapat baris-baris dan titik hiasan serta mempunyai bentuk huruf yang lebih besar dan jelas. Bentuk hurufnya memenuhi kesemua ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan yang tersusun indah. Ia direka oleh Syahla Pansha, seorang penulis khat Uthmani. Namun ia dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani. Dinamakan jali bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Bentuk tulisan khat ini telah dijadikan bentuk khas seni khat untuk penulisan surat rasmi diraja, surat menyurat kepada ketua negara asing, sijil matawang kertas dan lain-lain.














































































































































