Bengkel Khat Adnan Syeikh Othman

Di bawah ini adalah gambar-gambar di sekitar majlis perasmian Inspirasi Seni Khat yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Seri Bendahara Raja dan diikuti dengan bengkel pada sebelah pagi dan petang oleh Adnan Syeikh Othman. Apa yang menariknya, bacaan al-Quran ketika majlis perasmian telah dibaca sendiri oleh Adnan Syeikh Othman dengan sungguh merdu sekali ayat-ayat dari surah Ar-Rahman. Bengkel seni khat beliau telah dibantu oleh Ustaz Yusuf Abu Bakar, yang dipertua Persatuan Seni Khat Malaysia dan Ustaz Halias Abu Bakar dari Terengganu.  Hari ini juga pameran seni khat telah dibuka dengan rasmi kepada orang ramai dan diadakan penilaian karya-karya seni khat peserta pertandingan khat kategori kanvas, kayu dan logam pada sebelah malam. Ustaz Adnan berkata kepada saya bahawa beliau sungguh kagum dengan kemampuan penulis-penulis khat Malaysia yang dapat menghasilkan karya-karya yang begitu baik dan cantik. Tidak pernah tergambar difikirannya di Malaysia mempunyai ramai penulis yang sungguh berbakat malah lebih baik dari beberapa negara Arab. Katanya, inilah adalah waktu terbaik untuk seni khat berkembang di rantau ini.

This slideshow requires JavaScript.

4 Responses to “Bengkel Khat Adnan Syeikh Othman”

  1. FM Says:

    Alhamdulillah, seronok dapat dengar dan lihat segalanya berjalan dgn baik 🙂

  2. Bukhari Says:

    salam..ana sedih yang amat sangat kerana tidak dapat turut serta kerana terlibat dengan kelas tambahan di sekolah..memang sedihla..

  3. Baki Says:

    Sayang FM tak pergi, bukan senang nak berkumpul ramai-ramai dan jumpa pulak dengan Ustaz Adnan…

  4. FM Says:

    itulah ustaz, agak terkilan dan rasa rugi tak dapat turut serta, karya untuk pertandingan pun tak sempat nak buat, kebetulan sabtu tu sy ada asessment final projek, jd mmg tak boleh p kemana-mana, komitmen itu sy perlu dahulukan, insyaAllah mudah-mudahan di lain masa akan ada lagi dianjurkan, mmg berharap sgt…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: