Al Quran Mushaf Malaysia

Al Quran Mushaf Malaysia

Al-Quran Mushaf Malaysia

Pembinaan Al-Quran Mushaf Malaysia adalah usaha pertama rakyat Malaysia untuk negara dalam mambantu dunia menghidupkan kembali seni mushaf yang telah menghilang sejak 500 tahun yang lampau. Usaha ini telah membuahkan hasil dengan pelancaran secara rasmi Penyalinan Al-Quran Mushaf Malaysia pada 17 Ramadhan 1417 bersamaan 26 Januari 1997 di Balai Pameran Islam, Pusat Islam Kuala Lumpur. Al Quran Mushaf Malaysia ialah manuskrip Al-Quran beriluminasi (berhias) dan berwarna penuh. Ia dihasilkan dari salinan tangan empat orang Khattat (penulis khat) tempatan dengan mengunakan batang handam atau resam (sejenis pokok paku pakis). Ia mengandungi 30 Juz dengan mengaplikasikan motif dan rekabentuk seni tampak Melayu bercirikan kebudayaan Islam seluruh negeri di Malaysia. Usaha pembinaan Al-Quran Mushaf Malaysia mengambil masa lima tahun, termasuk kajian dan pembangunan (R&D). Al-Hamdulillah, kini Malaysia mempunyai mushaf Al-Quran sendiri melalui penerbitan Al-Quran Mushaf Malaysia – Taba’ah Ma’arij Al-Jamal pada bulan Mac 2000 dan kini ia telah pun beberapa kali diulang cetak untuk edaran dalam dan luar negara dengan nafkhah (harga) RM 50.00 sahaja.

Anda boleh mendapatkan Al Quran Mushaf Malaysia di kedai – kedai buku atau Pejabat Pos yang berdekatan atau datang sendiri ke :-

Yayasan Restu
Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
No 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100, Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Tel : 03 – 5511 9001/9002/9003
Fax: 03 – 5512 3788/3780
Website: http://www.mushaf.com.my 
Email: info@mushaf.com.my

8 Responses to “Al Quran Mushaf Malaysia”

  1. Nismah Says:

    Assalamualaikum,

    Saya telah ditugaskan untuk mencari maklumat dan mendokumentasi mengenai sejarah khat dan khat pada Al-Quran dari dulu hingga ke mushaf Malaysia. Sebagai makluman kami akan mengadakan pameran mengenai khat pada Al-Quran sempena sambutan Maulidurrasul nanti. Oleh yang demikian, saya memohon sedikit bantuan pihak tuan untuk merealisasikan rancangan kami untuk membangunkan pameran ini. Saya juga mencadangkan untuk menjemput pihak Yayasan Restu untuk membuat pameran dan demonstrasi Seni Khat nanti.

    Sekian, semoga dapat maklum balas dari pihak tuan dengan segera.

    Wassalam.

  2. arabiccalligraphy Says:

    Waalaikumussalam (Nismah). Untuk maklumat dan perbincangan yang lebih lengkap, Cik Nismah boleh menghubungi terus Yayasan Restu di talian 03-55119001

  3. Lynda Hamid Says:

    Assalammualaikum…

    Saya ingin dapatkan al quran kecil yang ukurannya sebesar tapak tangan dengan quantiti 280. Budget saya tidak tinggi. Saya harap pihak tuan dapat memberi kadar jawapan dengan segera atau pihak tuan boleh hubungi saya di talian 016-3303597 atau 016-3604287.

    T.kasih.

  4. arabiccalligraphy Says:

    Waalaikumussalm Lynda
    Buat masa ini kami belum lagi mengeluarkan al-Quran bersaiz begitu. Maaf kerana tak dapat membantu.. Mungkin Saudari boleh bertanya kepada syarikat pegedar buku dan kitab yang lain.

  5. wan zainab wan abdullah Says:

    sekolah saya nak buat lawatan ke yayasan restu ,aktiviti kelab tahfiz, persatuan pendidikan islam dan persatuan bahasa arab. saya nak hubungi siapa sepatutnya.

  6. ahmad Says:

    macam mana nak dapatkan quran mushaf malaysia. saya benar2 nak dapatkan.. sudah puas cari di kedai buku tp hampa…
    tolonglah saya..

  7. arabiccalligraphy Says:

    (wan zainab) Puan boleh hubungi Cik Zarina di Yayasan Restu 03-55119001

  8. arabiccalligraphy Says:

    (Ahmad) Tuan boleh dapatkan Quran Mushaf Malaysia kedai-kedai buku seperti MPH atau datang sendiri ke Yayasan Restu, Shah Alam. Untuk maklumat lanjut tel 03-55119001


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: