Pertandingan Khat Di Indonesia

Pertandingan khat di Indonesia merupakan aktiviti seni yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai acara tahunan dan dijalankan bersama musabaqah Al-Quran di sana. Difahamkan sambutan orang ramai terhadap pertandingan ini amat menggalakkan. Ia bermula dari peringkat kampung, kemudian daerah (provinsi) dan seterusnya peringkat kebangsaan. Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti penulisan mushaf, hiasan mushaf, penulisan pelbagai jenis khat dan sebagainya. Dalam penulisan mushaf peserta akan diberikan kertas dan ditulis ayat-ayat Al-Quran menggunakan khat nasakh . Kategori hiasan (dekorasi) mushaf pula, peserta akan diberikan papan plywood dan mereka akan melukis hiasan (zukhruf) dan khat di atasnya dengan kreativiti masing-masing menggunakan cat dalam pelbagai warna. Tulisan pula ditulis dalam beberapa jenis khat, seperti khat thuluth + nasakh + riq’ah + kufi + diwani sehingga memenuhi keseluruhan saiz papan plywood tersebut. Karya mereka harus dibuat secara spontan dan mesti siap dalam tempoh lapan jam.

Dengan aktiviti seni khat seperti ini yang dilakukan secara konsisten oleh kerajaan Republik Indonesia dan diangkat tarafnya seperti acara seni Islam yang lain, contohnya musabaqah Al-Quran, tidak hairanlah di Indonesia sekarang terdapat ramai penulis-penulis khat yang sangat berbakat. Mereka sudah melangkah jauh ke peingkat antarabangsa. Diperingkat Asean umpamanya, mereka sering menguasai Pertandingan Menulis Khat Asean di Brunei. Ada yang memenangi Pertandingan Khat di Turki walaupun bukan untuk hadiah utama. 

Dipaparkan di sini beberapa foto suasana pertandingan khat peringkat Provinsi Jawa Barat tahun 2006 yang saya dapat dari seorang kawan. Lihatlah kualiti tulisan dan hiasan mereka. Ini baru peringkat provinsi belum kebangsaan lagi. 

Arabic calligraphyArabic calligraphyArabic calligraphyArabic calligraphyArabic calligraphyArabic calligraphyKhat nasakhKhat nasakhKhat nasakhdekorasi-mushaf.jpg

18 Responses to “Pertandingan Khat Di Indonesia”

  1. abu uthbah Says:

    as,hebat karya2 mreka,best tengok khat ayat innamalmukminun………warna2 pun menarik,ust punya karya yg kat muzium ada gambar tak?

  2. arabiccalligraphy Says:

    Ayat tu ditulis oleh khattat Isep Misbah kalau tak salah.. Dia selalu menang di Brunei. Gambar2 karya saya tak pasti ada ke tak. Nak kena tengok balik..

  3. Firdaus Says:

    Ustaz, sy terlalu kagum tgk hasil² mereka…sejenak sy terpikir, bila agaknya masa untuk mencapai kelebihan sepertimana mereka. Masih terlalu banyak yg saya perlu belajar, dari ustaz dan juga pakar² yg lain.

  4. arabiccalligraphy Says:

    Yelah Firdaus..Sebelum ini pun saya kenal hanya beberapa orang sahaja khattat Indonesia seperti Hawi, Isep Misbah, Mahmud Arham.. Tetapi difahamkan sekarang sudah ramai khattat-khattat junior yang amat berbakat disana. Bulan jun 2008 nanti ada lagi MTQ peringkat kebangsaan.

  5. Firdaus Says:

    Bagus di Indonesia ya ustaz, ramai betul pakar² dia yang berkaliber, saya harap suatu hari nanti dapat ke sana berjumpa dengan khattat² Indonesia.

    ada pertandingan kebangsaan lagi ke ustaz?

  6. arabiccalligraphy Says:

    Saya dapat info tak rasmi, katanya akan dibuat Pertandingan Khat Peringkat Kebangsaan tak lama lagi.. WaAllahu a’lam.

  7. Zainuddin Says:

    Assalamu’alaikum…
    Ustadz, kalau pertandingan khat di Brunei itu kapan? Dan saya bisa dapat informasinya dari mana ya?

  8. arabiccalligraphy Says:

    Waalaikumussalam (zainuddin).. InsyaAllah, Kalau saya dapat infonya, saya akan beritahu kamu nanti. Kebiasaannya borang pertandingan akan diedarkan melalui Kedutaan Negara Brunei di negara masing-masing.

  9. ZAIDA Says:

    Salam…memang hebat la karya khat di indonesia…
    berapa lama la masa pertandingan tu berjalan…..

  10. kurnia Says:

    salam…
    tulisanya bagus baget, mudah2n akan menjadi pemicu gairah setap anak muslin tuk mau mengenal kaligrafi sebagai slaha satu khasanah seni budaya islam tertua…

    suatu kebahagian tak terkira dari kami apabila kami dapat berbagi dengan pembaca di blog ini dan diajak untuk mengenal lebih dekat lagi tentang kaligrafi dengan link ke: http://www.noqtahcalligraphy.blogspot.com

    terimakasih
    sukses slalu..

  11. arabiccalligraphy Says:

    (Kurnia) Terima kasih kerana sudi komen di blog ini. Moga usaha kita dalam memartabatkan seni khat akan diberkati.. Kalau terjumpa Isep Misbah, Hawi, Mahmud Arham tolong sampaikan salam saya. Saya kenal mereka ketika beberapa kali bertemu di Peraduan Menulis Khat Asean di Brunei.

  12. salam Says:

    ust..mcm ne sy nak blaja khat ngan ust?taun 2007 sy pnah jmp ust ms ptandingan khat anjuran kemas..sy wakil s’wak..

  13. arabiccalligraphy Says:

    Terima kasih (salam).. Ya rasanya ana masih ingat anta, kita jumpa masa pertandingan di Ipoh kan?
    Kalau anta berminat untuk belajar boleh join di forum kelas khat ana : http://khat.forumotion.net

  14. Iqbal Aceh Says:

    Ya betull..

  15. ibrahim Says:

    Assalamualaikum…
    Dengar khabar, memang di indonesia kesenian khat diamali dengan bersungguh, pendedahan kepada seni tersebut sentiasa terpelihara dengan pelbagai pendekatan., sehingga usaha ini mencapai taraf barangan perusahaan untuk di eksport.
    Kalau dilihat di Malaysia pasaran hasil karya khat ini banyak dari pengusaha di Indonesia. Senario kita di Malaysia, tulisan jawi pun semakin terpinggir, tiada usaha memartabat secara bersungguh melainkan genarasi lama. maklumlah barangkali kita tidak dapat melihat nilai komersialnya. Saya alhamdulillah.. masih berupaya membacanya.

    Ibrahim
    WP labuan

  16. arabiccalligraphy Says:

    Waalaikumussalam
    Saya setuju (ibrahim).. Kalau pemerintah membantu, sudah pasti ia akan lebih sepat berkembang. Alangkah baiknya jika seni yang digunakan untuk menulis ayat-ayat al-Quran ini diketengahkan seperti seni membaca al-Quran yang sedang berjalan ketika ini. Kalau bukan di peringkat antarabangsa, sekurang-kurangnya peringkat kebangsaan. Di Indonesia, pertandingan seni khat menjadi acara rasmi setiap tahun bersama seni tilawah al-Quran.

  17. forbes library Says:

    Hi there, this weekend is good in favor of me,
    for the reason that this moment i am reading
    this enormous educational paragraph here at my home.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: