Khat Riq’ah

Khat Riq'ah

Khat Riq'ah

Khat riq’ah ialah sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah (850H). Tujuan khat ini dicipta ialah untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Menurut Kamus Bahasa Riqa’ah bermaksud cebisan kertas yang ditulis. Ia berkembang daripada khat nasakh dan thuluth tetapi perkembangannya dalam bentuk yang agak berlainan daripada keduanya, Ia lebih mudah. Biasanya ditulis dengan saiz yang kecil. Bentuk alifnya pendek dan tiada kepala (Tarwisah) seperti thuluth.

Khat riq’ah merupakan salah satu khat yang begitu digemari oleh penulis khat ketika zaman Othmaniah dan melalui banyak penambahbaikan oleh Shaikh Hamdullah al-Amasi. Kemudian selepas itu berlaku lagi beberapa perubahan oleh penulis khat lain sehinggalah ia menjadi popular, digemari dan paling banyak digunakan. Di hari ini, riq’ah adalah pilihan tulisan tangan oleh Masyarakat arab

Ciri-ciri tulisan ini ialah bentuk hurufnya bersaiz kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan. Beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat ini dapat dipelajari oleh murid-murid sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian seperti urusan surat menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar dalam akhbar.

10 Responses to “Khat Riq’ah”

  1. mohd noor fathi Says:

    salam ust..cantik hasil riqaah ust..u titik dua utk huruf taa tu…leh ke berpisah mcm khat lain..ana x pernh thu pulk..mungkin juga ana x hbis semak semua jenis qaedah dari setiap penulis..ana ada wat tutoril khat nasakh kat blog ana..ust tlg bg komen leh x??? sbb ana rse masih kurg lgi dri segi qaedah y ana praktikkan..dri qaedah hasyim albaghdadi…minta tunjuk ajar ye ust..slam

  2. effysaiful Says:

    slm ust..waah, jarang nampak ust tulis khat riq’ah..cantik ah =)

    emm, rasenye..kalo ikut ape yg pernah saye terbaca.. as-sabru miftahul faraj.. jim, bkn ha.. tp x tahu la kalau ust maksudkan ayat lain =)

  3. arabiccalligraphy Says:

    Betul Effy. Ana tertinggal titik… TQ

  4. Firdaus™ Says:

    Riq’ah ustaz memang cantik, memang jarang nampak karya riq’ah ustaz….:)

  5. effysaiful Says:

    ust, buatlah post diwani jalli satu..dah lama x tgk diwani jalli ust.. pastu kalo ada gambar tulisan khat micro (yg ust tulis kecik gile pakai duri landak tu) yg kalau nak tgk kena pakai kanta tu.. bkn sebarang org bleh buat tu..huhu

  6. Firdaus Says:

    effy pun kene post khat-khat terbaru dia jugak kan ustaz? lama dah tak tgk hasil karya effy nih…hehe

  7. arabiccalligraphy Says:

    Sepatutnya kedua-dua khattat ni kena upload khat sendiri, sebab dah kira expert dah tu… boleh smua orang tengok. 🙂 Effy pun banyak guna khat orang lain saja di blog..
    Tulisan miniature tu ada gambarnya, tapi bila dh kecil sangat, kurang cantik sikit.. sebebnarnya tulisan pada batu itu pun tulisan miniature juga yang saya letak pada “Seni Khat Pada Batu”

  8. mohd noor fathi Says:

    salam..wah hangat topik tentang karya khat masing2..kena pulk tu semua pakar2 khat…seronok klu dh jdi pakar ni..org minta tlg tulis pun dh sedap nk menulis..laa ni masih belajar lagi..minta tunjuk ajar ye semua..

  9. faaiz Says:

    salam ust.ana ni pdatang baru…mintak tlg ajar..ana pun blaja khat tanpa guru…klu ust ade kkosongan masa…sila la mlawat hasil khat ana dan minta pndapat atas hasil karya..klu bleh nk jumpa ust..ni no hp ana 0129549590..

  10. siti syafiqa saipol Says:

    assalamualaikum ustaz,,,,,,cntk la seni khat t ustaz wat 2,,,sy ske…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: