Teknik Khat Thuluth

Penulisan khat thuluth atau thuluth jali perlu dilengkapkan dengan tanda-tanda bacaan atau baris walau apapun bahasa yang ditulis, samada Arab, Melayu, Turki dan sebagainya. Setelah itu, ruang-ruang kosong akan dipenuhkan pula dengan tazyin iaitu simbol-simbol khas yang diletakkan di atas atau di bawah huruf. Ini menyebabkan khat thuluth atau thuluth jali kaya dengan tanda-tanda dan simbol-simbol seperti yang dilihat pada hari ini.

khat

Cara dan tradisi yang diikuti sejak dahulu ketika menulis khat thuluth ialah tidak boleh ditinggalkan ruang kosong pada sesuatu susunan (tarkib) tetapi mesti dipenuhi dengan : 1) Huruf. 2) Baris atau tanda bacaan. 3) Tazyin yang bersesuaian. Pena untuk baris (qalam harakat) ialah 1/2 daripada saiz pena huruf, manakala untuk tazyin penanya bersaiz 1/3 daripada ukuran pena huruf. Pada sesetengah tempat pena huruf digunakan untuk menulis harakat terutama digunakan untuk sukun, dammah dan baris fathah yang ditarik panjang bagi memenuhi ruang kosong. Begitu juga pena baris boleh digunakan untuk membuat tazyin pada tempat-tempat tertentu. Pengaturan ini bergantung kepada kreativiti penulis khat itu sendiri.

Khat thuluth seperti juga khat-khat yang lain, diukur dengan keluasan titik saiz pena. Jika saiznya besar maka besarlah huruf yang ditulis begitu juga jika kecil, saiz huruf juga akan mengecil. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan pena bersaiz 1 mm, maka saiz hurufnya bersesuaian 1 mm dan seterusnya.  Penggarisan saiz huruf dan panjang garis tegaknya diukur dengan menghitung titik. Kadangkala ahli khat tidak terlalu berpegang dengan ukuran ini, tetapi penulisannya tidaklah menyimpang terlalu jauh daripada kaedah asal. Jika apa yang dilakukan oleh ahli khat itu menyimpang jauh daripada ukuran ini, bererti rosaklah kesejajaran umum yang menjadi punca kesempurnaan khat sepanjang zaman.

9 Responses to “Teknik Khat Thuluth”

  1. Ema Says:

    Brape saiz mata pen yg sesuai di gunakn untuk tulis tulisan khat?(Jika guna pen calligraphy)

  2. arabiccalligraphy Says:

    Boleh guna saiz pen 2mm atau 3mm. saiz ini amat sesuai dan selesa bila ditulis. Kalau 1mm terlalu kecil..

  3. Ashraf Says:

    Saya mencari buku panduan/cara2 menulis khat? Bisa download?

  4. khairuddin Says:

    ada satu surau kat Pd ni nak suruh aku buat Logo, Khat surau Ubudiah boleh tolong tak…. aku tepi pondok pak long yeng….ILMI

  5. maimun Says:

    subhanallah indahnya ……………….

  6. Jam Says:

    Kat kedai buku kadang2 ada buku panduan tulisan khat…kena rajin cari la…

  7. naim Says:

    salam..

    saya sebenarnya sedang mencari bengkel2 khat yang boleh disertai.. kalau tahun2 sebelum-sebelum ni.. pihak muzium kesenian islam ada menganjurkan.. tapi sayangnya saya tak berkesempatan nak sertai.. tapi tahun ni belum nampak tanda-tanda muzium kesenian islam akan mengadakan lagi bengkel tu..

    ada cadangan mana-mana bengkel penulisan khat yang lain yang boleh saya sertai?

  8. steven gerrad Says:

    i want to search books of khat thuluth can i download from you because i want to know islamik written i`m a muslim? don`t afraid to me?

  9. syahmie-z- Says:

    camne nk buat nieee


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: