Surah Al-Waqi’ah : 79
“…Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang disucikan…”
Dinamakan Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) mata pen. Ada pendapat mengatakan asalnya khat ini ditulis menebal dengan 24 helaian bulu kuda. Kemudian ketika jenis ini ditulis pula dengan menggunaka 2/3 menjadikan namanya Khat Thuluthain ( 2/3), kemudian terakhir ditulis dengan menggunakan 1/3 daripada 24 helaian bulu kuda menjadikan namanya Thuluth(1/3) iaitu 8 helaian bulu kuda. Khat ini merupakan khat yang paling sukar dibandingkan dengan tulisan khat yang lain dari segi kaedah, ukuran, gaya memperelok atau kemampuan untuk menghasilkan tulisan yang tepat ukiran dan seninya. Digunakan dalam menghiasi bangunan ruang-ruang dinding dan kubah di masjid-masjid.
10/07/2008 at 12:51 am
Ya Allah… hehe
10/07/2008 at 2:03 am
Ya Allah…tak terkata tgk qawaidnya….mantob!
10/07/2008 at 10:58 am
effy n ust firdaus terkejut dgn hasil ust baqi..lgikan ana ….lgilah terkejut…sbb ana x capai tahap mereka berdua lagi…msih dlm tahap belajar qawaid hijaiyah…minta tunjuk ajar ye..memg halus hasil ust..tpi klu nk brbnding dgn hasil khatat mustafa khudairi..d mesir ni..ana berjumpe dan sempat belajar dgn dia d umah dia…memg lawo…ana ad tunjuk hasil ust..dia ckp..perlu di perhaluskan lgi..ana terkejut juga..dah halus mcm ni dia kate perlu di perhaluskan lgi…Allah sje y thu…
10/07/2008 at 2:09 pm
Terima kasih Effy, Firdaus, Fathi.. Jangan puji2 sangat, Saya dalam proses mengkaji penggunaan ink dan qalam yang betul ni. maklumlah khattat tempatan mcm kami ni yang tak berpeluang tengok bagaimana khattat luar negara tulis dengan betul..? Kenalah R&D sendiri. Kalau kawan2 ada sesuatu teknik yang menarik (pernah lihat atau buat sendiri) boleh kongsi di sini. Kita boleh cuba. Contohnya teknik menulis tanpa melakar, penggunaan pena yang betul, bagaimana melancarkan perjalanan dakwat, dakwat yang sesuai menulis khat dan sebagainya..
11/07/2008 at 1:41 am
sy pun skrg ada hadapi masalah skit ustaz untuk menulis dgn mengalirkan dakwat dgn baik, mungkin disebabkan mata qalam sy yang sy tak asah dgn kertas pasir…mm…skrg ni pun sy menulis seperti berlatih semula, banyak menulis satu-satu huruf, nak mantapkan qaedah semula…sukar jugak…tapi kenelah usaha nak mencapai sesuatu…
12/07/2008 at 2:55 pm
selama ni teknik y ust baqi tulis…masih dlm kajian ke????aik…dah mntap mcm tu pun ust masih kata mcm tu…setakat ni ana x de lagi teknik y boleh di kongsi…maklum lah org baru belajar…masih perlukn tunjuk ajar dari ust n semua…