Pertandingan Seni Khat

Pada 19 Oktober 2008 yang lalu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Seni Kaligrafi Khat Lelaki Dan Wanita sempena Majlis Kesenian Islam Negeri Selangor Tahun 2008, bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM ‘A’) Kuala Selangor. Seramai 18 orang peserta yang mewakili 9 daerah di selangor terlibat dalam pertandingan ini. Kebetulan saya dijemput menjadi hakim pada pertandingan tersebut. Saya kongsikan di sini beberapa gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.

7 Responses to “Pertandingan Seni Khat”

  1. Firdaus™'s avatar Firdaus™ Says:

    siapa lagi jadi pengadil ustaz utk pertandingan ni?
    overall macamana? mutu tulisan dari peserta? 🙂

  2. Baki's avatar arabiccalligraphy Says:

    Untuk pertandingan ni, saya dan Ustaz Hannan jadi hakim. Mutu khat agak meningkat dari tahun sebelumnya. Seperti biasa banyak kelemahan dari segi kaedah, bentuk huruf kurang kemas sebab khat yang dipertandingkan adalah khat yang paling susah, khat thuluth… 🙂

  3. en_me's avatar en_me Says:

    aiseh ustaz.. afsal tak bilang me.. me nak gakks tengok tengok gittewww.. when the next tournament?

  4. zuhud's avatar zuhud Says:

    bila pertandingan peringkat kebangsaan, anjuran kemas?

  5. Lizza Imelia M. Sulanah's avatar Lizza Imelia M. Sulanah Says:

    Salam,

    Mohon bantuan dari pihak ustaz untuk dapatkan Emad atau sesiapa sahaja untuk Demonstrasi Khat/Kaligrafi sempena Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Belia dan Sukan pada 5 Januari 2009. Sila hubugi saya di 03-88713504. Terima kasih.

  6. Baki's avatar arabiccalligraphy Says:

    Waalaikumussalam (Lizza). Maaf, Saya memang tak ada contact number Imad.. Kalau sesiapa yang ada, atau ada kelapangan untuk buat demo khat boleh hubungi Cik Lizza.

  7. makmur b hj harun's avatar makmur b hj harun Says:

    Assalamu alaikum wr.wb.

    Saya peminat seni khat, untuk cik lizza boleh saya tahu di mana demo seni khat akan diadakan.

    Wassalamu alaikum wr.wb.
    Makmur b hj harun, 0163656350


Leave a comment