Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kita telah berjaya melaksanakan Kursus Qalam Thuluth, pada 13.3.2010 (hari sabtu) yang lepas. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk memastikan program ini berjalan lancar dan sempurna. Tidak dilupakan kepada peserta-peserta yang datang dari pelbagai tempat, jauh dan dekat, yang terdiri dari berbagai latar belakang. Semoga dengan penyertaan kita dalam program yang sesingkat ini sedikit sebanyak dapat menambahkan pengetahuan dengan maklumat baru, khususnya dalam khat thuluth ini dan ianya insyaAllah akan membantu dalam memartabat dan menyebar luaskan lagi seni khat di Malaysia.
Hasil daripada kursus ini, kami mendapat maklum balas yang sangat baik daripada para peserta dan orang ramai yang bertanya tentang kursus yang seterusnya. Untuk tujuan tersebut, insyaAllah kami bercadang untuk menganjurkan lagi kursus sebegini di masa akan datang, cuma tariknya belum ditetapkan….
19/03/2010 at 7:41 pm
Alhamdulillah, amat seronok bila sy melihat situasi bengkel yg ustaz adakan, penyertaan yang teramat menggalakkan, sy mengharapkan agar dapat buat lagi di lain masa, terasa amat rugi tak dapat menyertainya…sy sudah rasa amat jauh ketinggalan dengan orang lain. Apepun mabruk ustaz, sy amat berbangga apabila feedback untuk bengkel tersebut amat positif 😉