Warkah Pertabalan Agong

Inilah kulit kambing asli yang akan saya tulis SURAT PERISHTIHARAN dan WARKAH IKRAR untuk pertabalan Duli Yang Maha Mulia  Seri Paduka Baginda Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI pada 11 april 2012 nanti. Saya menggunakan jenis tulisan khat nasakh untuk teks dan khat thuluth untuk tajuk. Semoga usaha ini diberkati oleh Allah S.W.T. Amin…

Watikah Pertabalan Yang di Pertuan Agong XIV

Kertas Warkah Persilaan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah..

Sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI, Diwani Kraf telah diamanahkan untuk menulis Watikah Pertabalan dan Warkah Persilaan kepada sultan-sultan dan pembesar negeri seluruh Malaysia. Apa yang istimewanya, watikah pertabalan ini akan ditulis atas kulit kambing yang telah diproses sehingga menjadi seperti kertas dan boleh bertahan sehingga jangkamasa yang sangat lama. Saya difahamkan, kulit kambing ini telah disediakan oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Jupem) . Sementara Warkah Persilaan pula akan ditulis atas kertas jenis goatskin paper yang berhiasan di sekelilingnya dengan corak Bunga Kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya. Warkah Persilaan ini nanti akan dihadapkan kepada sultan-sultan dan pembesar negeri untuk tujuan persilaan menghadiri acara pertabalan Yang di Pertuan Agong Malaysia XVI pada kali ini.

Warkah Ikrar

akhbar100.jpg Keratan akhbar Mingguan Malaysia berkenaan Warkah Ikrar Pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin. Warkah ini ditulis pada kulit kambing oleh Yayasan Restu. Kaedah tulisan jawi adalah mengikut apa yang diberikan tanpa apa – apa perubahan.