Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an.
Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya menasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur’an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh. Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran itu ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Khat ini pada dasarnya lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang ramai, pelajar sekolah dan kanak – kanak sebagai asas untuk menulis khat atau jawi. Penggunaannya amat meluas sekali sehingga mesin menaip, komputer dan mesin cetak kebanyakannya menggunakan fon jenis Khat Nasakh. Ia sering digunakan dalam penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dibaca. Maka oleh sebab itulah Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan mushaf al Quran, kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain – lain lagi . Pada kebiasaannya Khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar dengan kadar 1mm saiz pena.
04/03/2008 at 8:49 am
good
10/03/2008 at 5:01 am
khat nasakh memang senang nak buatnya tapi macam mane nk menghasilkan khat nasakh yang plg cntik?
23/03/2008 at 7:50 pm
Salam…
khat nasakh ni nmpak macam simple,tapi saya susah nak kuasai sepenuhnya…tolong la bagi tips2 yang paling mujarab dalam menghasilkan tulisan khat nasakh yang cantik…
25/03/2008 at 9:00 am
sy bagi pendapat dari diri sy, khat nasakh agak susah juga hendak ditulis, sebab untuk mengekalkan bentuk huruf yg sama dalam penulisan satu-satu ayat, dan memerlukan latih tubi yg kerap, berlatihlah selalu 🙂
25/03/2008 at 3:01 pm
Khat nasakh adalah asas. betul-betul boleh kuasainya, InsyaAllah agak mudah untuk belajar khat lain.
29/03/2008 at 4:37 pm
ooo….mcm 2 ek…kiranya,basic nak blaja seni khat ni,kene study nasakh dl la….
17/04/2008 at 7:56 am
khat nasakh kena letak baris ker??kalau kita buat dalam tulisan jawi,bukan dalam bahasa arab..
21/04/2008 at 3:47 pm
Khat nasakh tak perlu letak baris jika ditulis dalam bahasa melayu
03/09/2008 at 9:37 am
owh..
x yah letak baris ye?
cthnye,khat ni digunakan kalo nk wat hadis2..xyah letak baris ke?
kalo x ltk baris,takut pembaca keliru dan x phm..
10/04/2009 at 9:12 am
tak ada berkenaan tentang khat nasakh
10/04/2009 at 9:13 am
saya nak buat buku scrap
10/04/2009 at 11:27 am
Apa yang En. Adli perlukan?
21/05/2009 at 12:27 pm
adik saya nak buat buku scrap,tolong sape2 ade khat yang menarik tolong uopload.
26/10/2009 at 10:18 am
saye penah menang pertandingan khat ni ! tapi dah lupe , tolong bagi jenis2 khat dengan gambarnye!!
09/04/2010 at 5:13 am
cne nk wat khat nasakh ek???klu nk tau lbh jls cne ek???
09/04/2010 at 5:14 am
sbb ari ahd da nk lwn…hihihi
09/04/2010 at 5:28 am
ustaz bleh tls contoh perkataan…muhammad rasul allah dengan khat nasakh