Soalan

Soalan daripada En Safuan

salam…ada bbrp soalan..pertama..betulkah nasta”liq terhasil dr 2 gabungan khat nasakh &ta’liq(farsi) 2)-adalah dkatakan setelah zaman mustafa raqim…belum ada lagi evolusi khat sampai sekarang,yg ada cuma bbrp pembaharuan gaya dan susun atur huruf terutama dlm khat thuluth…pandangan saudara?3)-bila ada pembaharuan,sudah pasti ada teknologi,teknik yg bergerak seiring.melihat kepada karya2 antarabangsa yg hampir perfect ini,adakah saudara berpendapat bahawa penggunaan bahan sokongan spt komputer dsbgnya turut d gunakan oleh khatat2 mustawa alami ini?4)-pada pengamatan saudara selama bertugas d yayasan restu,apakah sudah tiba masanya d wujudkan sekolah khat bertauliah sepertimana wujudny madrasah2 tahsinul khat d cairo,istanbul dan lain2 negara?5)-saya cdgkan d samping beri galakan pada bakat2 baru..kita patut expose juga guru2,tokoh2 khat negara kita.wujudkan blog2 utk mereka spt ust.yusof,sayed mahdhar kerana amat byk ilmu&jasa yg telah d curahkan oleh mereka.6)-sy cdgkan khatat yg ade d malaysia agar lebih rajin membuat kajian selain drpd latihan yg sedia ada demi memantapkan lg tulisan mereka.rahsia2 khat byk tersembunyi dlm buku2 berbahasa arab.selain itu.seminar,bengkel khat lebih kerap diadakan dgn menjemput pakar2 khat antarabangsa kerana kita tetap kna ingat”asrarul khat makhfiun fi ta’limi al ustazi,wa fi kathrati al mashqi”.sekian..waiting 4 ur comment very soon..assalamualaikum..

JAWAPAN:

  1. Nasta’liq adalah gabungan diantara perkataan naskh dan ta’liq yang berkembang di Iran setelah pembukaanya oleh orang Arab. Ia mengambil tempat khat Farsi yang asal iaitu Khat Bahlawi. Khat ini diasaskan oleh Mir Ali Sultan At-Tabrizi yang terkenal dengan gelaran Qiblatul Kuttab (919H)
  2. Mustafa Raqim adalah khattat Turki pada zaman Uthmaniah. Belajar khat daripada abangnya Ismail Zuhdi dan Darwish Ali. Beliau mengajar khat kepada Sultan Sultan Mahmud Thani. Mempunyai karekter tersendiri dalam menulis khat thuluth jali dengan kelembutan pergerakan dan susunan yang indah. Dianggap ketua penulis khat pada zamannya kerana kekuatan tulisan khat yang dimiliki. Beliau meninggal dunia pada tahun 1241H. Berkenaan evolusi khat yang saudara maksudkan, saya kurang pasti. Boleh jadi betul atau sebaliknya. Wallahu A’lam..
  3. Tidak dinafikan memang ada sesetengah khattat yang menggunakan kelebihan teknologi terkini seperti komputer dan menggunakan program-program tertentu untuk menghasilkan karya, terutama ketika menyusun dan menghias. Ada juga yang hanya melakar dari tulisan penulis lain. Bagi saya, itu terpulanglah kepada cara masing-masing. Tetapi sebenarnya tiada jalan pintas untuk kita menjadi seorang khattat yang tulin, kaedah berkarya dan menulis harus mengikut cara tradisi iaitu menulis secara free hand, tanpa apa-apa bantuan tambahan. Sebab itu untuk menulis Lafz Jalalah (Allah) sahaja kadang-kadang memerlukan 10 tahun untuk mantap. Khattat Muhammad Ali Al-Makawi mengambil masa 2 tahun untuk menulis ayat (هذا من فضل ربى)  mengikut gaya yang ditulis oleh gurunya Abdul Aziz Rifa’ie.  Huhuu..Jangan lemah semangat pula adik-kakak yang baru berjinak dengan khat ni..
  4. Sekolah seni khat sangat penting untuk kesinambungan seni ini di Malaysia. Menyedari tentang hal ini, Pihak kami (Yayasan Restu) telah memulakan langkah ini sejak tahun 1999 dengan menubuhkan Kolej Restu, yang menawarkan pembelajaran dalam seni khat. Ketika ini, Kolej Restu menawarkan Program Diploma Seni Mushaf yang banyak mengkhususkan kepada pembelajaran seni khat, desain hiasan, grafik dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila lawati website ini: http://www.restucollege.com/my/ . Untuk menubuhkan sekolah seni khat seperti yang terdapat di Mesir dan Turki, rasanya agak susah sedikit kerana kita tiada tenaga pengajar seperti yang terdapat di sana.
  5. Cadangan yang baik. Tapi siapa nak buat? Mungkin Persatuan Seni Khat Kebangsaan boleh memainkan peranan atau En Safuan sendiri boleh mulakan…
  6. Seni khat bermula dari Tanah Arab, sudah tentu bahan-bahannya juga banyak terdapat dalam Bahasa Arab. Sebab itu, seorang khattat sepatutnya lebih banyak mengkaji dari buku-buku yang terdapat dalam bahasa arab. Di sana kita akan ketemui lebih banyak rahsia-rahsia khat yang tidak terdapat dalam buku yang bukan berbahasa arab. Selain daripada praktikal (berlatih menulis mengikut kaedah), sewajarnya juga seorang khattat perlu mengetahui teorinya seperti ilmu sejarah seni khat, konsep, tokoh-tokoh dan sebaginya. Tetapi banyak rahsia menulis tak akan dapat dengan hanya membaca dan berlatih sendiri. Ia memerlukan pembelajaran secara talaqqi (berhadapan) dengan guru. Inilah pentingnya kita perlu perbanyakkan kelas belajar seni khat, bengkel dan seminar dengan menjemput pakar seni khat sendiri mengajarnya.

3 Responses to “Soalan”

  1. Firdaus™ Says:

    Syukran ustaz atas perkongsian soalan & jawapan ni, memberi peringatan’ juga pada sy terutamanya pd jawapan no.3

  2. arabiccalligraphy Says:

    Terima kasih Firdaus. Bukan apa, saya cukup seronok bila melihat kebelakangan ini semakin ramai yang berminat dengan seni khat, ia satu perkembangan sihat yang kita alu-alukan berlaku di negara ini seterusnya ia akan meninggikan kedudukan warisan seni Islam ini di Malaysia. Lebih ramai tahu, belajar, faham dan menggunakannya; maka lebih baik untuk perkembangan seni ini..
    Cuma yang agak merisaukan adalah cara pembelajaran dan aplikasinya yang kurang diberi perhatian dibimbangi akan merosakkan nilai seni khat itu sendiri, seterusnya masyarakat akan menerima sesuatu yang kurang tepat..

  3. Zainuddin Says:

    Assalamu’alaikum ustadz.. semoga ustadz berjaya selalu dalam bidang khat ini. Saya ingin menambahkan tentang soal nomor tiga, setelah mustafa raqim masih terjadi evolusi tulisan, berupa penyempurnaan-penyempurnaan detail yang dalam tsulust jali mencapai puncak keindahannya di tangan Sami Afandi Rohimahullah. Tetapi untuk stulust biasa dan naskh maka Muhammad Syauqi mempunyai gaya baru yang lebih sempurna dan lebih detail dan setelahnya tidak ada pembaruan lagi. Mengenai penggunaan komputer dalam pertandingan khat international memang ada ustadz.. kalau ustadz ada katalog pertandingan khatnya ustadz boleh buka lagi pemenang naskh juara pertama, ustadz boleh fotokopi dan perbesar nanti akan ustadz temukan bahwa bentuk hurufnya sama 100%. Tapi insyaAllah dalam pertandingan yang akan datang hal seperti ini akan lebih diperhatikan lagi.
    Salam hormat saya
    Zainuddin, Cairo


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: