Thuluth Jali

Ini latihan saya hari ini menggunakan pen bersaiz 1cm. Saiz ini sudah dikira besar di dalam menulis khat thuluth dan itulah yang dimaksudkan dengan Thuluth Jali, iaitu tulisan yang besar dan jelas. Untuk menulis khat ini, biasanya para penulis menggunakan pen yang besar seperti buluh, handam bersaiz besar ataupun kayu yang diruncing menjadi pen. Menulis Thuluth Jali sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesempurnaan dari pelbagai espek, bukan sekadar kaedah seni khatnya sahaja walaupun itulah asas yang paling utama. Selain daripada itu, perkara penting yang mempengaruhi kelancaran menulis Thuluth Jali sehingga menghasilkan satu karya yang indah ialah:

  • Kertas. Kertas jenis apa?. Licin atau kasar?. Dakwat meresap atau tidak?. Kertas  yang paling baik dan sesuai untuk menulis khat ini ialah  kertas yang diadun sendiri menggunakan ‘teh dan putih telur’, yang dipanggil ‘waraq muqahhar‘.
  • Pen. Saya sampai sekarang masih mencari-cari pen yang sesuai untuk menulis khat Thuluth Jali ni, macam Muhammad Ozjai, Daud Bektash dan Munib guna… Sesiapa ada pen macam tu, boleh bagi saya satu untuk dicuba. Saya dah cuba pen yang Profesor Koichi Honda guna, feelingnya lain sikit…
  • Dakwat. Ini juga sangat penting. Sebab thuluth ini memerlukan dakwat yang sangat lembut supaya tidak tersekat, boleh ditulis panjang tanpa terputus dan menyerlahkan getarannya…
  • Emosi. Kalau tengah tension, ada masalah, tak payah tulis lagi..!  Tunggu sehingga masalah anda selesai. Kalau tidak, hasilnya akan  jadi khat diwani jali pula..hehee.
  • Persekitaran ketika menulis perlu tenang tanpa gangguan dan bising-bising. Sebab, ketika menulis kita akan memberikan sepenuh tumpuan kepada menulis. Jika ada perkara yang mengganggu, pastilah akan menjejaskan tulisan kita.

Itulah serba ringkas yang sempat saya ingat. Ada lagi beberapa faktor lain yang tidak kurang pentingnya seperti faktor pernafasan, makanan dan teknik-teknik menulis dengan betul. Semua ini perlu dipelajari dan dilatih oleh penulis dengan tunjuk ajar daripada guru yang berpengalaman.

11 Responses to “Thuluth Jali”

  1. mohd noor fathi bin montalib Says:

    salam ust..mabruk ar ust atas latihan ust..ana x latih lagi..ermm..halus tui kan permintaan pertandingan ni..ana x thu lah leh wat dgn baik ke x..semalam khamis..ana p maktabah khudairi y kat kaherah..ana beli pen byk..hihi..klu ust n kwn2..nk buku ana leh belikan kat situ..klu leh siap tulis nme penulis ye..mudh ana nk belek klu ust nak..rugi xde..leh wat koleksi..hihih

  2. MY Says:

    Tahniah Ust Abdul Baki. Khat juga boleh di ‘tuisyen’ kan. Atau bahasa lain ‘personal coaching’. Memang ada permintaan. Saya pun minat juga dengan khat ni masa belajar dulu2. Tapi xde guide langsung terpadam begitu je. Perluaskanlah ke seluruh Malaysia cth mcm saudara Imad artis nasyid tu.

  3. Firdaus™ Says:

    lawa ustaz flow dakwat tu…kagum sy tgk….tak dapat lagi nak buat perfect mcm tu…

    mm…perkataan min tu ustaz sengaja panjangkan ke huruf nun nya?

  4. emnoer Says:

    alfu mabruk ustadz…cantik sekali jaly tsulusnya. benar, menulis jaly beda dengan menulis ‘adi. karena al-khafiy fil jaliy… sesuatu yang kecil tampak pada yang besar. jadi benar, menulis jaly lebih sulit. bukan hanya jali sulus, tapi juga jali nasta’liq. benar tak ustadz?
    saya belom pernah belajar jali sulus, tapi saya lihat ka’s (bulatan) haal (aflaha) sedikit lebih kecil untuk hurufnya, dan ada sikik getar disana.. 🙂 ala kulli haal tahniah lakum….

  5. arabiccalligraphy Says:

    Terima kasih M.noer. begitulah, memang ada beberapa perbezaan jika kita mendalami rahsia thuluth dan thuluth jali…رب يسر ولا تعسر

  6. MOHD FIRDAUS BIN MUHAMAD AKHIR Says:

    Assalamualaikum ustaz,sya nk tanye sket neh,ape maksud ustaz “Kertas yang paling baik dan sesuai untuk menulis khat ini ialah kertas yang diadun sendiri menggunakan ‘teh dan putih telur’, yang dipanggil ‘waraq muqahhar‘.???”
    Maknanya kertas biasa cthnye: A4 dicelup dengan adunan tu ke?

  7. Baki Says:

    w.salam mohd firdaus. ya waraq muqahhar asalnya adalah kertas biasa, kemudian diproses sehingga menjadi kertas yang baik dan cantik untuk ditulis khat

  8. fariza_miaw Says:

    assalamu’alaikum ust…sy ingin kan pengenalan setiap jenis khat….harap jasa ust boleh perkenankan keinginan sy ini….

  9. Baki Says:

    Waalaikumusslm fariza, cuba lihat entry yang lama dalam blog ini. semua jenis khat saya dah perkenalkan.

  10. zamri Says:

    kaifa haluka ya ust.tahniah dan syabas di atas karya2 ust yg menarik.jika ust ada kesempatan boleh tak tashihkan karya ana pd pertandingan khat yg lepas ,dari segi tarkib dan kaedah.jazakAllah

  11. Baki Says:

    Alhamdulillah bikhair… InsyaAllah boleh Zamri. Tak ada masalah. Cuma nak kena cari masa sikit..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: