Tabung Surau
Khat Thuluth memerlukan latihan yang banyak dan berterusan bagi mendapatkan tulisan bentuk-bentuk huruf dengan tepat dan cantik. Selain itu, latihan ini juga adalah satu senaman untuk melembutkan pergerakan tangan semasa menulis.
Pada peringkat permulaan, penggemar Khat Thuluth perlu memperbanyakkan latihan dengan menulis huruf- huruf tunggal dari huruf alif hingga huruf ya pada setiap hari untuk membiasakan pergerakan tangan menulis huruf-huruf mengikut timbangannya yang sebenar.
Untuk mendapatkan hasil tulisan Khat Thuluth yang halus, ia memerlukan pembelajaran dengan guru yang muktabar. Penulis yang mahu mengetahui rahsia Khat Thuluth hendaklah menulis Qasidah nun dan amsyak yang sering di tulis oleh penulis yang terkenal .
19/07/2009 at 9:44 pm
salam ust..nak tanya..cam ne nk masuk blaja khat kat yayasan restu?ada syarat2 ke?pas tu ble pgambilan dia?
03/08/2009 at 3:13 am
tabung ni kalau buat untuk kutip derma SAR tersangat cantik..ALLAHU AKBAR…//