Beberapa ayat pilihan untuk masjid dan surau dalam khat thuluth
Whatsapp kami di 0193932947 untuk tempahan tulisan khat.

Beberapa ayat pilihan untuk masjid dan surau dalam khat thuluth
Whatsapp kami di 0193932947 untuk tempahan tulisan khat.

Israk Mi’raj : Khat Muhaqqaq

Untuk membuat susunan khat thuluth menjadi kemas dan menarik, kita boleh tonjolkan beberapa huruf yang berulang di dalam sesuatu ayat. Kebiasaanya para khattat lebih berminat untuk menonjolkan “Taj Al-Huruf” iaitu huruf Jim dan huruf Ain Majmu’ah (berbentuk bulat). Sebenarnya dengan sedikit penelitian kita boleh membuat susunan menjadi menarik walaupun tanpa huruf-huruf tadi. kita boleh tonjolkan huruf lain seperti huruf waw, ra, sin kaf dan sebagainya. Contoh di sini, saya cuba keluarkan (highlight) huruf-huruf kaf dan huruf ra mursalah. Kalau anda lihat, huruf kaf sengaja ditarik menjadi panjang hingga terkeluar dari lingkungan huruf-huruf lain dengan jarak tinggi dan lebar yang sekata berserta kombinasi ra, waw dan mim mursalah (ekor memanjang).
Bentuk khat ini diperkenalkan oleh Qutbah al-Muharrir pada zaman al – Umawi yang pada mulanya ia dinamakan ‘Jalil Thuluth’. Ia telah diubahsuaikan oleh penulis–penulis seni khat dan diperbaiki sehingga mencapai puncak keindahannya oleh Yaqut al- Musta’simi.Bentuknya seakan – akan khat thuluth tetapi saiz hurufnya lebih besar sedikit dan bersifat lepas dan tidak membulat pada huruf – huruf tertentu (seperti ra, wau, mim, ya dan lain – lain lagi). Kini bentuknya yang lebih besar dikenali sebagai ‘al- Muhaqqaq’ manakala yang lebih kecil ialah ‘al- Raihani’.

