1st Prize in Traditional Arts Design Contest 2018, Turkey.

Alhamdulillah… mendapat tempat pertama dalam pertandingan khat di Traditional Arts Design Contest 2018, Istanbul, Turkey.

Hiasan Mihrab Surau

Alhamdulillah..selesai pemasangan hiasan khat dan signage di Surau Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur.

Untuk tempahan sila hubungi 0193932947

Papan Tanda Jawi (Khat)

Papan tanda jawi box up untuk Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Hubungi 0193932947 untuk tempahan seperti ini… 🙂

1st Prize in 2nd International Islamic Arts Competition, Konya.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas kurniaan dan izinNya memberi peluang kepada saya untuk memenangi tempat pertama di 2nd International Islamic Arts Competition di Konya, Turkey. Terima kasih kepada kedua ibu dan bapa saya, keluarga, guru-guru dan sahabat seperjuangan yang banyak membantu dalam perjalanan seni khat saya sehingga mencapai tahap ini.
Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat kepada penulis – penulis khat di Nusantara khususnya Malaysia untuk lebih percaya kepada diri sendiri, berusaha lebih gigih untuk mengembangkan bakat mereka ke peringkat antarabangsa pula.

Logo Khat

Logo Khat ABAYA ALKHAIRA

Whatsapp kami di 0193932947 untuk tempahan khat 3D seperti ini.

 

Bengkel Khat Sabah

Bengkel Khat Islami 5.0 telah diadakan di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada 19.10.2018. Bengkel ini disampaikan oleh saya sendiri bersama sahabat saya tokoh khat dari Indonesia Ustaz Isep Misbah. Seramai 80 orang peserta dari negeri Sabah dan Serawak menyertai bengkel ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada peserta dan ucapan setinggi-tinggi tahniah terima kasih kepada MUIS atas penganjuran acara ini. Semoga bertemu lagi pada tahun hadapan dalam PERKAMPUNGAN SENI KHAT NUSANTARA 2019… INSYAALLAH.

 

Arham

Alhamdulillah.. Berkesempatan melawat ARHAM, Pusat Seni Khat yang diasaskan oleh sahabat saya Dr. Abdul Rahman Hamzah di Johor Bharu dan berkongsi serba sedikit ilmu seni khat bersama penggiat seni khat di sana.

ARHAM adalah singkatan dari “Akademi Quran, Seni Khat dan Mushaf” diwujudkan bagi tujuan:

1. Mengembangkan syiar Islam dan alQuran melalui seni khat

2. Menghidupkan tradisi pengajian seni khat secara sistematik dan berterusan

3. Menyediakan servis pusat sehenti seni khat yang kondusif bagi masyarakat setempat

4. Pusat pertemuan peminat dan aktivis seni khat merapatkan silaturrahim serta bertukar pandangan kearah pembangunan seni khat.

Kursus khat yang ditawarkan:

Sepenuh masa:
setiap hari Ahad-khamis 2.00-5.00pm

Sambilan
Jumaat 9-12 tgahari

Lokasi ARHAM: Bangunan akademi dibina di tanah persendirian di Jalan Lengkongan, Kulai kira-kira hanya 500 meter dari RTC @ terminal bas Kulai.

Alamat:

Akademi ARHAM
PTB1505, Jalan Rumah Pangsa 3, 81000 Kulai Johor

Semoga ARHAM akan terus maju dan berjaya melahirkan lebih ramai penulis khat di Malaysia Insyaallah…

Lawatan Galeri Diwani Kraf

Alhamdulillah.. Hari ini kami menerima kunjungan sahabat lama Ustaz Ahmad Kamaluddin dan Ustaz Ramli Ahmad al-Barada serta rombongan dari Maahad Tarbiah Islamiah, Derang Kedah ke Galeri Diwani Kraf, Kemuning Utama, Shah Alam, Selangor.

Kelas Khat Cuti Sekolah 2018

Kelas Khat Cuti Sekolah 2018 DIWANI KRAF akan diadakan pada bulan Disember 2018 pada setiap hari khamis, dari 6 Disember 2018 hingga 27 Disember 2018. Kelas akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Kelas Khat Cuti Sekolah 2018 ini sesuai kepada pelajar-pelajar yang sedang bercuti dan ingin mendalami ilmu seni khat secara intensif melalui tunjuk ajar guru yang berpengalaman dalam bidang ini dalam suasana suasana kondusif seni khat di galeri DIWANI KRAF. Untuk tujuan pendaftaran sila hubungi talian : 019-9993125 / 012-6223114

 

kelas khat asas jumaat copy

Calligraphy Workshop

Calligraphy workshop in Jaipur India

Thuluth Jali

وَمُبَشِّرَۢا بِرَسُولٍ۬ يَأۡتِى مِنۢ بَعۡدِى ٱسۡمُهُ ۥۤ أَحۡمَدُ‌ۖ فَلَمَّا جَآءَهُم بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ قَالُواْ هَـٰذَا سِحۡرٌ۬ مُّبِينٌ۬

wamubassyiran-thuluth

Rehlah Penulis khat 2018

Rehlah 2.0 penulis-penulis khat Malaysia 2018 telah diadakan di Riyadh Restu Kuang, Selangor. Banyak perbincangan dan perkongsian serta curahan idea sesama penulis-penulis khat berlaku di sini. Rehlah yang sangat bermanfaat kepada penggiat seni khat Malaysia. InsyaAllah akan diteruskan di masa akan datang.

Ceramah Seni Khat di Sekolah

Program Syarahan Seni Khat di Sekolah Agama Menengah Parit Baru pada hari isnin 29 oktober 2018. Program ini meliputi syarahan seni khat, bengkel dan pertandingan. Semoga usaha yang kecil ini dapat menyemai minat anak-anak kepada seni khat sehingga melahirkan potensi-potensi baharu yang akan memeriahkan seni khat di Malaysia. Sekalung tahniah kepada Cikgu Nik Hafifah di atas usahanya menganjurkan perogram ini.

Mesyuarat Agong PSKK

Sekitar Mesyuarat Agong Persatuan Seni Khat Malaysia (PSKK) yang berlangsung di Yayasan Restu, Shah Alam pada 28 Oktober

International Art & Calligraphy Festival

Huruf Fa + Ya

Huruf sambungan Fa + Ya dalam khat thuluth

Jaipur Exhibition 2018

Menghadiri International Art & Calligraphy Exhibition di Pink City Jaipur, India yang akan berlangsung pada 17 – 21 oktober 2018. Saya bersama 3 lagi sahabat iaitu Ahmad Ali Mahfuz, Ahmad Rajaei dan Ainun Jariah telah di jemput menyertai acara ini. Kami berempat mewakili Negara Malaysia pada pameran yang dihadiri lebih dari 150 orang artis dari seluruh dunia. Terima kasih kepada penganjur yang memberi kepercayaan kepada kami, juga kepada sahabat sahabat yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan sepanjang perjalanan program ini. Alhamdulillah…

Lafzul Jalalah

Lafzul Jalalah 8×8 kaki. Sandblasted tiles.

img_20181011_1622446517480987101449856.jpg

Huruf Ain (Khat Thuluth)

Huruf ain di tengah untuk khat thuluth jali

 

ain

Huruf Ha

Bentuk huruf HA di awal

ha

Huruf Waw (Thuluth)

Huruf waw di akhir atau waw yang disambung dengan huruf lain

waw

Huruf Mim (Thuluth)

mim

Doa- Khat Thuluth

doa-khat thuluth aadi

Pertandingan Seni Khat 2018

Hari ini saya menjadi juri bersama Al-Fadhil Ustaz Yusuff Abu Bakar dan Ustaz Zulhazmi Zakaria untuk Pertandingan Seni Khat 2018 (Kategori Terbuka) bersempena Festival Al-Quran & Kesenian Islam Antarabangsa Selangor. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga pertandingan ini dapat melahirkan ramai lagi pemangkin penulis khat di masa akan datang!

Tasheh Ayat

Tashih ayat untuk hiasan di Masjid bersama Ustaz Mohd Zainuddin Bin Zakaria, Ahli Lajnah Tasheh Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri

Tema Majlis Tilwah

majlis tilawah antarabangsa

Khat Nama Masjid

Logo khat nama masjid; MASJID SUNGAI ABONG MUAR JOHOR

masjid sungai abong

Design Panel Installation

Cenderahati Khat

Hadiah atau cenderahati khat untuk tetamu kehormat majlis anda berbentuk nama penerima ditulis dalam tulisan khat diwani pelbagai warna berserta nama dalam tulisan rumi di bawah. Jika berminat, sila hubungi kami di 0193932947

Mihrab Surau

Hiasan mihrab di Surau Wahbah Az-Zuhaily, Persint 18, Putrajaya oleh Diwani Kraf. Sebarang pertanyaan untuk dekorasi surau boleh hubungi 0193932947