Huruf ain di tengah untuk khat thuluth jali

Hari ini saya menjadi juri bersama Al-Fadhil Ustaz Yusuff Abu Bakar dan Ustaz Zulhazmi Zakaria untuk Pertandingan Seni Khat 2018 (Kategori Terbuka) bersempena Festival Al-Quran & Kesenian Islam Antarabangsa Selangor. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga pertandingan ini dapat melahirkan ramai lagi pemangkin penulis khat di masa akan datang!
Alhamdulillah baru baru ini telah selesai Daurah Thuluth Jali yang pertama. Seramai 20 orang peserta telah menamatkan daurah tersebut yang berlangsung selama 3 bulan pada setiap hari jumaat bermula dari 8.00 malam sehingga 10.00 malam yang bertempat di Galeri Diwani Kraf Kemuning Utama Shah Alam..
Insyallah untuk daurah yang seterusnya akan dimulakan pada 30.3.2018, setiap hari jumaat jam 8.00-10.00 malam. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti DAURAH THULUTH JALI 2.0 ini bolehlah membuat pendaftaran segera kepada kami dengan menghubungi talian 0193932947. Pendaftaran terhad kepada 20 orang peserta terawal sahaja..Sijil penyertaan akan disediakan.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 0193932947

Demo khat di program UN Habitat For Better Urban Future di KLCC Convention center Kuala Lumpur

Alhamdulillah, pada hari jumaat 10/11/2017 yang lepas telah bermula satu lagi program pendidikan seni khat di Galeri Diwani Kraf yang kita namakannya Daurah Thultuh Jali
Daurah thuluth jali bertujuan memberi peluang kepada penulis khat untuk mendalami cara pembinaan sesebuah karya khat thuluth dengan kaedah yang betul dengan melihat secara mendalam beberapa perkara antaranya:
.Variasi kaedah dan sambungan huruf
.Keseimbangan huruf
.Tarkib / susunan
.Kedudukan tashkil / tazyin / dabt
.Penulisan atas waraq muqahhar
.Tartish
.Teknik pewarnaan huruf
.Disiplin dalam tanfiz lauhah
Daurah thuluth jali terbuka kepada penulis penulis yang pernah belajar atau sudah mempunyai asas khat thuluth
Kami mengutamakan penulis yang mempunyai kemahuan yang tinggi, berdisiplin, bersabar dan sanggup melakukan latih tubi membuat sesuatu karya, demi melahirkan penulis khat thuluth yang berkualiti tinggi. Dan kami tidak mementingkan kuantiti peserta… Tempat juga sangat terhad.
Tempat : Galeri Diwani Kraf
Hari : Jumaat
Masa : 8.00mlm – 10.00mlm
Tarikh : 10/11/2017 hingga 16/2/2017
Yuran : RM450 sahaja
Untuk mendaftar, sila hubungi kami di
0193932947