لا اله الا الله محمد رسول الله 
Mihrab menarik dan ringkas untuk Surau Ar-Rayyan Kuala Lumpur. Gabungan seni kaligrafi Islam dan seni pertukangan Melayu menghasilkan suasana harmoni dan menenangkan jiwa untuk kesempurnaan beribadah.
Untuk mengetahui lebih lanjut
sila hubungi / whatsApp: +60 193932947.
Sempena cuti sekolah pada bulan Disember nanti, Diwani Kraf akan menganjurkan Kelas Intensif Seni Khat selama dua minggu bermula dari 7 Disember 2015 sehingga 19 Disember 2015. Kelas akan bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari, setiap hari kecuali hari ahad.
Kelas ini akan dikendalikan oleh guru yang berpengalaman di dalam bidang seni khat dan penulisan mushaf (Al-Quran). Semua peserta akan disediakan nota berupa buku kaedah seni khat dan peralatan menulis.
Penuhi masa cuti anak-anak anda dengan proram yang sangat bermanfaat ini untuk menambah nilai pada kemahiran seni khat mereka. Di dalam program ini para peserta akan diajar cara menulis seni khat dengan betul serta didedahkan bagaimana menggunakan alat – alat tulis tradisi seperti resam, ijuk dan pen khat dengan baik sehingga mereka mampu menulis ayat-ayat al-Quran dan jawi tanpa rasa takut.
Bertindaklah sekarang untuk mendaftar anak-anak anda ke dalam program Kelas Khat Cuti Sekolah ini kerana tempatnya sangat-sangat terhad…!! Kami hanya mengambil peserta dalam kuantiti yang tidak terlalu ramai bagi memastikan pembelajaran yang berkualiti dan fokus yang lebih dapat kami berikan kepada semua peserta.
Sebahagian tulisan menggunakan khat muhaqqaq, thuluth dan nasakh dari juz 28, ketika menyertai penulisan al-Quran di Multaqa Ramadhan Dubai 2014.