Kompleks Taman Seni Islam Selangor

logo-ktsi-new.jpg 

Kompleks Taman Seni Islam Selangor  Kompleks Taman Seni Islam Selangor adalah anugerah daripada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan kepada Yayasan Restu. Ianya adalah sebagai tanda pengiktirafan terhadap segala usaha yang telah dilaksanakan selama ini. Pembinaan Kompleks Taman Seni Islam Selangor ini berfalsafahkan pusat penawar inspirasi kehidupan yang mendasari konsep sarang lebah (Surah An Nahl) ini semakin hari semakin menggamit ribuan pengunjung. Ramai yang tertarik dengan pendekatan pengajaran melalui pengalaman di samping berpeluang melihat sendiri pelbagai usaha seni yang dihasilkan. Terdapat beberapa galeri di sini yang boleh dikunjungi, seperti Galeri Al Quran Mushaf Malaysia, Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Galeri Cenderahati, Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Design, Grafik, Pewarnaan, Penerapan Emas dan lain – lain lagi. Keistimewaanya telah menjadi satu tarikan utama pengunjung di Bandaraya Shah Alam ketika ini. Inilah satu-satunya kompleks seni islam seumpamanya di dunia hasil perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan keprihatinan YAB Dato’ Menteri Besar serta kerajaan Negeri Selangor. Dan Kompleks Taman Seni Islam Selangor akan terus menabur manfaat kepada masyarakat, mengembangkan seni islam, menghidupkan kembali tradisi penyalinan mushaf, menonjolkan keindahan sebagai satu uslub berdakwah agar kesannya dapat diterima oleh pelbagai golongan. .

Lawatan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Kompleks Taman Seni Islam Selangor.

 plah.jpg plah2.jpg plah3.jpg plah4.jpg plah5.jpg plah6.jpg

Yayasan Restu

logo-yayasan-restu.jpg

Yayasan Restu

Setelah hampir sedekad yang lalu, Yayasan restu kini terus menaburkan bakti usaha dalam pemasyhuran seni Islam di rantau ini. Kehadirannya sebagai sebuah organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan, telah meletakkan asas pemikiran dan tahap penghasilan seni Islam yang tingi dalam usaha membina tamadun bangsa yang gilang gemilang. Berbekalkan semangat untuk menyelusuri hakikat tauhid, khazanah warisan Melayu digali akar makna dan kehalusan seninya, lantas dijulang sebagai wadah seni yang bertaraf antarabangsa.

Visi dan misi yang direncanakan hanyalah untuk pemasyhuran seni Islam di persada dunia. Berpegang teguh kepada kesatuan pelbagai ilmu dan kemahiran, beberapa usaha penyelidikan dan pembangunan (R & D) telahpun membuahkan hasil yang manfaatnya dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Kini, Yayasan Restu dikenali sebagai pusat pembinaan mushaf al-Quran dan hadis, pusat seni khat, pusat seni reka motif budaya bangsa, pusat ICT al-Quran, Hadis dan Seni Islam, pusat pendidikan seni Islam, pusat pembangunan produk cenderhati seni Islam dan pusat rekabentuk seni bina dan hiasan dalaman.

Yayasan Restu beroperasi di :-

Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
No 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100, Shah Alam,
Selangor, MALAYSIA

Tel : 03 – 5511 9001/9002/9003
Fax: 03 – 5512 3788/3780
website : http://www.mushaf.com.my

 

Asma’ Al Husna

albasit.jpg arrafik.jpg assami.jpg

Al Basit, Ar Rafi’, As Sami’.. (Khat Riq’ah)

 arrahim.jpg arrahman1.jpg arrazaq.jpg 

Ar Rahim, Ar Rahman, Ar Razaq.. (Khat Thuluth)

Khat Nasakh

khat nasakh

Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an.
Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya menasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur’an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh. Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran itu ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Khat ini pada dasarnya lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang ramai, pelajar sekolah dan kanak – kanak sebagai asas untuk menulis khat atau jawi. Penggunaannya amat meluas sekali sehingga mesin menaip, komputer dan mesin cetak kebanyakannya menggunakan fon jenis Khat Nasakh. Ia sering digunakan dalam penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dibaca. Maka oleh sebab itulah Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan mushaf al Quran, kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain – lain lagi . Pada kebiasaannya Khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar dengan kadar 1mm saiz pena.  

Khat Riq’ah

khat riq’ah

Riq’ah menurut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Khat ini mempunyai ciri – cirinya yang tesendiri seperti bentuk hurufnya yang tegak dan kecil, kebanyakan huruf-hurufnya ditulis di atas garisan, boleh ditulis dengan cepat dan mempunyai sedikit sahaja kaedah, penulisannya agak mudah jika dibandingkan dengan khat Nasakh.  Ia dicipta oleh penulis khat Turki, Mumtaz Bek pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan (1280H). Khat ini adalah gabungan di antara ‘al- Diwani’ dan ‘Siyaqat’.

Khat Thuluth

Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi.Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm. Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth yakni thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber arab silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih besar daripada saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada kayu. Saiz-saiz tulisan jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang penanya ( Qadi al-Askar Mustafa ‘Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia menggunakan mata pena yang luasnya mencapai 35sm ). Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu melebihi saiz tersebut atau bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali yang biasa kemudian dilakukan pembesaran ( enlargement ) mengikut kaedah empat segi atau menggunakan pelbagai peralatan teknologi yang terdapat pada hari ini seperti photocopy, komputer dan sebagainya. Bentuk thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala yang melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku. Seseorang penulis khat tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini sekiranya tidak benar – benar berkemahiran dalam bentuk Khat Thuluth.

Perhatian berat para ahli khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini dikenali dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat khat nasakh maka ia biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk tujuan penulisan biasa. Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni, muraqqa’at dan loh-loh serta hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang memandangnya akan membiasakan diri mereka dengan unsur keindahan dan gerakan yang tersusun.

Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia boleh di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi empat, bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan pembaharuan struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih yang sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan bacaan. Ini merupakan kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang mengandungi pelbagai bentuk dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para jurukhat silam dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau dapati sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan yang tidak wajar.