Soalan

Soalan daripada En Safuan

salam…ada bbrp soalan..pertama..betulkah nasta”liq terhasil dr 2 gabungan khat nasakh &ta’liq(farsi) 2)-adalah dkatakan setelah zaman mustafa raqim…belum ada lagi evolusi khat sampai sekarang,yg ada cuma bbrp pembaharuan gaya dan susun atur huruf terutama dlm khat thuluth…pandangan saudara?3)-bila ada pembaharuan,sudah pasti ada teknologi,teknik yg bergerak seiring.melihat kepada karya2 antarabangsa yg hampir perfect ini,adakah saudara berpendapat bahawa penggunaan bahan sokongan spt komputer dsbgnya turut d gunakan oleh khatat2 mustawa alami ini?4)-pada pengamatan saudara selama bertugas d yayasan restu,apakah sudah tiba masanya d wujudkan sekolah khat bertauliah sepertimana wujudny madrasah2 tahsinul khat d cairo,istanbul dan lain2 negara?5)-saya cdgkan d samping beri galakan pada bakat2 baru..kita patut expose juga guru2,tokoh2 khat negara kita.wujudkan blog2 utk mereka spt ust.yusof,sayed mahdhar kerana amat byk ilmu&jasa yg telah d curahkan oleh mereka.6)-sy cdgkan khatat yg ade d malaysia agar lebih rajin membuat kajian selain drpd latihan yg sedia ada demi memantapkan lg tulisan mereka.rahsia2 khat byk tersembunyi dlm buku2 berbahasa arab.selain itu.seminar,bengkel khat lebih kerap diadakan dgn menjemput pakar2 khat antarabangsa kerana kita tetap kna ingat”asrarul khat makhfiun fi ta’limi al ustazi,wa fi kathrati al mashqi”.sekian..waiting 4 ur comment very soon..assalamualaikum..

JAWAPAN:

  1. Nasta’liq adalah gabungan diantara perkataan naskh dan ta’liq yang berkembang di Iran setelah pembukaanya oleh orang Arab. Ia mengambil tempat khat Farsi yang asal iaitu Khat Bahlawi. Khat ini diasaskan oleh Mir Ali Sultan At-Tabrizi yang terkenal dengan gelaran Qiblatul Kuttab (919H)
  2. Mustafa Raqim adalah khattat Turki pada zaman Uthmaniah. Belajar khat daripada abangnya Ismail Zuhdi dan Darwish Ali. Beliau mengajar khat kepada Sultan Sultan Mahmud Thani. Mempunyai karekter tersendiri dalam menulis khat thuluth jali dengan kelembutan pergerakan dan susunan yang indah. Dianggap ketua penulis khat pada zamannya kerana kekuatan tulisan khat yang dimiliki. Beliau meninggal dunia pada tahun 1241H. Berkenaan evolusi khat yang saudara maksudkan, saya kurang pasti. Boleh jadi betul atau sebaliknya. Wallahu A’lam..
  3. Tidak dinafikan memang ada sesetengah khattat yang menggunakan kelebihan teknologi terkini seperti komputer dan menggunakan program-program tertentu untuk menghasilkan karya, terutama ketika menyusun dan menghias. Ada juga yang hanya melakar dari tulisan penulis lain. Bagi saya, itu terpulanglah kepada cara masing-masing. Tetapi sebenarnya tiada jalan pintas untuk kita menjadi seorang khattat yang tulin, kaedah berkarya dan menulis harus mengikut cara tradisi iaitu menulis secara free hand, tanpa apa-apa bantuan tambahan. Sebab itu untuk menulis Lafz Jalalah (Allah) sahaja kadang-kadang memerlukan 10 tahun untuk mantap. Khattat Muhammad Ali Al-Makawi mengambil masa 2 tahun untuk menulis ayat (هذا من فضل ربى)  mengikut gaya yang ditulis oleh gurunya Abdul Aziz Rifa’ie.  Huhuu..Jangan lemah semangat pula adik-kakak yang baru berjinak dengan khat ni..
  4. Sekolah seni khat sangat penting untuk kesinambungan seni ini di Malaysia. Menyedari tentang hal ini, Pihak kami (Yayasan Restu) telah memulakan langkah ini sejak tahun 1999 dengan menubuhkan Kolej Restu, yang menawarkan pembelajaran dalam seni khat. Ketika ini, Kolej Restu menawarkan Program Diploma Seni Mushaf yang banyak mengkhususkan kepada pembelajaran seni khat, desain hiasan, grafik dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila lawati website ini: http://www.restucollege.com/my/ . Untuk menubuhkan sekolah seni khat seperti yang terdapat di Mesir dan Turki, rasanya agak susah sedikit kerana kita tiada tenaga pengajar seperti yang terdapat di sana.
  5. Cadangan yang baik. Tapi siapa nak buat? Mungkin Persatuan Seni Khat Kebangsaan boleh memainkan peranan atau En Safuan sendiri boleh mulakan…
  6. Seni khat bermula dari Tanah Arab, sudah tentu bahan-bahannya juga banyak terdapat dalam Bahasa Arab. Sebab itu, seorang khattat sepatutnya lebih banyak mengkaji dari buku-buku yang terdapat dalam bahasa arab. Di sana kita akan ketemui lebih banyak rahsia-rahsia khat yang tidak terdapat dalam buku yang bukan berbahasa arab. Selain daripada praktikal (berlatih menulis mengikut kaedah), sewajarnya juga seorang khattat perlu mengetahui teorinya seperti ilmu sejarah seni khat, konsep, tokoh-tokoh dan sebaginya. Tetapi banyak rahsia menulis tak akan dapat dengan hanya membaca dan berlatih sendiri. Ia memerlukan pembelajaran secara talaqqi (berhadapan) dengan guru. Inilah pentingnya kita perlu perbanyakkan kelas belajar seni khat, bengkel dan seminar dengan menjemput pakar seni khat sendiri mengajarnya.

Thuluth

Hadith-2 (khat thuluth)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

 

Pameran Seni Khat Di Melaka

p3020069-copy.jpg  hadari2.jpg khattat.jpg

hadari3copy.jpg demo-khat3.jpg p3010027-copy.jpg

Minggu lepas, saya dan beberapa rakan di Yayasan Restu telah ditugaskan untuk membuat pameran Kesenian Islam dan Demontrasi Seni Khat di Perkampungan Hadhari Melaka. Kami berada di sana selama 3 hari (1 – 3/3/2008). Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Pada hari ahad (2/3/2008) merupakan hari perasmian program dan kemuncak acara. Agak ramai juga pengunjung yang datang ke booth kami yang mempamerkan pelbagai lembaran seni mushaf, seni khat, hiasan dalaman, cop mohor, cenderahati dan demontrasi menulis khat. Ada yang membeli cenderahati untuk anak-anak dan orang tersayang dan ada yang mengambil kesempatan menulis nama dalam seni khat untuk kenang-kenangan dan sebagainya. Orang Melaka sememangnya baik dan ramah. Alhamdulillah, kami mendapat kerjasama dari semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada penganjur iaitu Kerajaan Negeri Melaka, Perbadanan Melaka Holding (PMH). Terima kasih juga kepada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang banyak menolong kami dari awal hingga akhir.

Sebagai pengumuman kepada orang-orang Melaka, kami akan kembali lagi..! Yayasan Restu dengan kerjasama PERZIM, Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) dan Perpustakaan Negara akan mengadakan Pameran Seni Khat selama satu bulan di Muzium al-Quran Melaka (sebelah Masjid al-Azim) pada 17 Mac 2008 – 20 April 2008. Jemputlah datang beramai-ramai ke pameran tersebut.

Semakan Ejaan Jawi

thuluth 

Seni khat ialah seni menulis huruf-huruf jawi atau arab dengan cantik yang dilakar berdasarkan kaedah-kaedah tertentu, daripada bentuk huruf tunggal sehinggalah kepada huruf berangkai menjadi susunan rapi yang seakan-akan mempunyai irama yang indah kepada mata kita. Namun alangkah ruginya jika tulisan yang seindah itu adalah tulisan yang salah. Samada salah dari segi ejaan jawi atau salah perkataan arabnya.

Jika diperhatikan, sudah ada inisiatif daripada pihak kerajaan dan masyarakat untuk mengembangkan penggunaan jawi dan seni khat. Banyak juga papan tanda menggunakan ejaan jawi, nama-nama jalan, di masjid, surau, sekolah dan sebagainya. Tetapi apa yang mendukacitakan, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan pada tulisan tersebut. Ada kesalahan ejaan yang besar dan jelas seperti tertinggal huruf dan ada juga kesalahan yang kecil. Perkara ini berlaku mungkin kerana kurangnya pemerhatian terhadap kaedah ejaan yang telah digariskan oleh DBP. Sebenarnya ia adalah sesuatu yang serius kerana kita telah mendedahkan masyarakat kepada ejaan-ejaan yang salah dan mengelirukan.

Bagi memperbaiki masalah ini adalah sangat mustahak kepada penggiat seni khat, syarikat-syarikat pengiklanan, penerbitan dan sebagainya mentashih atau menyemak dahulu tulisan mengikut ejaan jawi yang digariskan oleh DBP berpandukan buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU atau boleh juga dibuat semakan jawi online melalui link ini.

Bagi memudahkan tugas anda, kami di Yayasan Restu mempunyai kepakaran di dalam bidang penulisan khat dan semakan (tashih), samada di dalam ejaan jawi atau bahasa arab, Silalah kunjungi kami di:

Kompleks Taman Seni Islam Selangor,

Persiaran Damai, Seksyen 10,

40000 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03-55119001/ 9002/ 9003.

Pameran Di Nigeria

Pameran Seni Islam oleh Yayasan Restu, Malaysia sempena program Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Nigeria yang ke 21, telah diadakan di Universiti Abubakar Tafawa Balewa, Bauchi. Pameran berlangsung selama lapan hari dari 8 hingga 15 November 2006.

demo3.jpg demo1.jpg demo6.jpg demo131.jpg demo15.jpgdemo7.jpg

Cap Mohor

Mohor atau dikenali juga sebagai meterai, tera dan cap merupakan perkara penting di dalam sesuatu warkah. Ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dilihat pada warkah baginda s.a.w kepada Maharaja Rom, Farsi, dan Mesir.

Sejak Tanah Melayu menerima agama Islam kira – kira abad ke- 13/14 Masihi, pengaruh Tulisan Jawi banyak mewarnai kehidupan 0rang Melayu. Pengaruh dan peranan Tulisan Jawi terdapat dalam pelbagai aspek kehidupan, antaranya hubungan sosial seperti surat – menyurat antara raja dengan raja yang sebangsa dan seagama dan sebagainya. Tulisan Jawi juga bagi tujuan seni disamping untuk mendapat berkat. Potongan – potongan ayat suci Al Quran ditulis indah, begitu juga duit pitis, cap mohor, barangan tembaga, tembikar dan lain – lain

Inilah hadiah kepada bangsa tercinta. Telah lebih seribu tahun menjadi tradisi, kini muncul kembali dengan gaya dan wajah baru. Cap mohor ini diangkat kembali oleh Yayasan Restu, menjadi budaya agung yang mekar mewangi. Bersama harapan dan doa agar tradisi bangsa akan terus berkesinambungan.

Spesifikasi Istimewa:

  • Menggunakan bahantara moden
  • Penggunaan tulisan jawi dengan pelbagai gaya seni khat
  • Bentuk – bentuk nama yang menarik dan unik
  • Penerapan seni zukhruf berasaskan motif – motif tempatan
  • Sijil perakuan ketulinan dan pemilikan
  • Setiap set disertakan nombor siri

arkib-seni-mohor-negara.jpg

thuluth.jpg penyimpan.jpg pak-lah-kufi.jpg pak-lah.jpg

p1150034.jpg

cop.jpg

Harga :

1.   Premium Package RM500.00

  • Holder cop diperbuat daripada besi

  • Kotak khas

  • Sijil perakuan ketulinan

  • Preink stamp

2.   Standard Package RM90.00

  • Holder plastic

  • Sijil perakuan ketulinan

  • Preink stamp

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 019-3932947

Al Quran Mushaf Malaysia

Al Quran Mushaf Malaysia

Al-Quran Mushaf Malaysia

Pembinaan Al-Quran Mushaf Malaysia adalah usaha pertama rakyat Malaysia untuk negara dalam mambantu dunia menghidupkan kembali seni mushaf yang telah menghilang sejak 500 tahun yang lampau. Usaha ini telah membuahkan hasil dengan pelancaran secara rasmi Penyalinan Al-Quran Mushaf Malaysia pada 17 Ramadhan 1417 bersamaan 26 Januari 1997 di Balai Pameran Islam, Pusat Islam Kuala Lumpur. Al Quran Mushaf Malaysia ialah manuskrip Al-Quran beriluminasi (berhias) dan berwarna penuh. Ia dihasilkan dari salinan tangan empat orang Khattat (penulis khat) tempatan dengan mengunakan batang handam atau resam (sejenis pokok paku pakis). Ia mengandungi 30 Juz dengan mengaplikasikan motif dan rekabentuk seni tampak Melayu bercirikan kebudayaan Islam seluruh negeri di Malaysia. Usaha pembinaan Al-Quran Mushaf Malaysia mengambil masa lima tahun, termasuk kajian dan pembangunan (R&D). Al-Hamdulillah, kini Malaysia mempunyai mushaf Al-Quran sendiri melalui penerbitan Al-Quran Mushaf Malaysia – Taba’ah Ma’arij Al-Jamal pada bulan Mac 2000 dan kini ia telah pun beberapa kali diulang cetak untuk edaran dalam dan luar negara dengan nafkhah (harga) RM 50.00 sahaja.

Anda boleh mendapatkan Al Quran Mushaf Malaysia di kedai – kedai buku atau Pejabat Pos yang berdekatan atau datang sendiri ke :-

Yayasan Restu
Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
No 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100, Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Tel : 03 – 5511 9001/9002/9003
Fax: 03 – 5512 3788/3780
Website: http://www.mushaf.com.my 
Email: info@mushaf.com.my

Kompleks Taman Seni Islam Selangor

logo-ktsi-new.jpg 

Kompleks Taman Seni Islam Selangor  Kompleks Taman Seni Islam Selangor adalah anugerah daripada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan kepada Yayasan Restu. Ianya adalah sebagai tanda pengiktirafan terhadap segala usaha yang telah dilaksanakan selama ini. Pembinaan Kompleks Taman Seni Islam Selangor ini berfalsafahkan pusat penawar inspirasi kehidupan yang mendasari konsep sarang lebah (Surah An Nahl) ini semakin hari semakin menggamit ribuan pengunjung. Ramai yang tertarik dengan pendekatan pengajaran melalui pengalaman di samping berpeluang melihat sendiri pelbagai usaha seni yang dihasilkan. Terdapat beberapa galeri di sini yang boleh dikunjungi, seperti Galeri Al Quran Mushaf Malaysia, Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Galeri Cenderahati, Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Design, Grafik, Pewarnaan, Penerapan Emas dan lain – lain lagi. Keistimewaanya telah menjadi satu tarikan utama pengunjung di Bandaraya Shah Alam ketika ini. Inilah satu-satunya kompleks seni islam seumpamanya di dunia hasil perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan keprihatinan YAB Dato’ Menteri Besar serta kerajaan Negeri Selangor. Dan Kompleks Taman Seni Islam Selangor akan terus menabur manfaat kepada masyarakat, mengembangkan seni islam, menghidupkan kembali tradisi penyalinan mushaf, menonjolkan keindahan sebagai satu uslub berdakwah agar kesannya dapat diterima oleh pelbagai golongan. .

Lawatan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Kompleks Taman Seni Islam Selangor.

 plah.jpg plah2.jpg plah3.jpg plah4.jpg plah5.jpg plah6.jpg

Yayasan Restu

logo-yayasan-restu.jpg

Yayasan Restu

Setelah hampir sedekad yang lalu, Yayasan restu kini terus menaburkan bakti usaha dalam pemasyhuran seni Islam di rantau ini. Kehadirannya sebagai sebuah organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan, telah meletakkan asas pemikiran dan tahap penghasilan seni Islam yang tingi dalam usaha membina tamadun bangsa yang gilang gemilang. Berbekalkan semangat untuk menyelusuri hakikat tauhid, khazanah warisan Melayu digali akar makna dan kehalusan seninya, lantas dijulang sebagai wadah seni yang bertaraf antarabangsa.

Visi dan misi yang direncanakan hanyalah untuk pemasyhuran seni Islam di persada dunia. Berpegang teguh kepada kesatuan pelbagai ilmu dan kemahiran, beberapa usaha penyelidikan dan pembangunan (R & D) telahpun membuahkan hasil yang manfaatnya dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Kini, Yayasan Restu dikenali sebagai pusat pembinaan mushaf al-Quran dan hadis, pusat seni khat, pusat seni reka motif budaya bangsa, pusat ICT al-Quran, Hadis dan Seni Islam, pusat pendidikan seni Islam, pusat pembangunan produk cenderhati seni Islam dan pusat rekabentuk seni bina dan hiasan dalaman.

Yayasan Restu beroperasi di :-

Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
No 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100, Shah Alam,
Selangor, MALAYSIA

Tel : 03 – 5511 9001/9002/9003
Fax: 03 – 5512 3788/3780
website : http://www.mushaf.com.my