Papan tanda Surau At-Tarbiyah, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Hubungi kami di 019-3932947 untuk maklumat lanjut.




Papan tanda Surau At-Tarbiyah, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Hubungi kami di 019-3932947 untuk maklumat lanjut.





KELAS KHAT DIWANI JALI KEMBALI LAGI … !!!
Assalamualaikum
Tuan / puan,
Setelah hampir lebih setahun menyepi kini Kelas Khat Diwani Jali kembali lagi. Kelas Khat Diwani Jali ini akan dikendalikan oleh PEMENANG PERTANDINGAN KHAT DIWANI JALI IRCICA, DI TURKI Saudara Fathy Rosly yang akan bermula pada 16 Mac 2019 sehingga 1 Jun 2019 (selama 3 bulan). Kelas akan diadakan pada setiap hari sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Yuran rm450 sahaja.
Jenis khat yang diajar ialah KHAT DIWANI JALI. Kelas ini terbuka kepada semua peringkat umur.
Kelas akan akan berlangsung di alamat: DIWANI KRAF, 47-1, Jalan Kemuning Prima D33/D, Taman Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor.
Jika berminat sila whatsapp / sms kepada kami di nombor 0193932947 / 0145068725
Beberapa ayat pilihan untuk masjid dan surau dalam khat thuluth
Whatsapp kami di 0193932947 untuk tempahan tulisan khat.


Kelas Khat Cuti Sekolah 2017 – DIWANI KRAF kembali lagi!! Jom hantarkan anak-anak anda untuk mengikuti pengalaman yang paling bermakna semasa cuti sekolah ini. Sudah bertahun tahun Diwani Kraf mengendalikan kelas seni khat cuti sekolah di samping kelas khat mingguan yang sentiasa berjalan pada setiap hari selasa dan rabu dengan ramai bekas pelajarnya yang telah sukses dalam bidang seni khat, membuktikan pengalaman kami dalam mengendalikan kelas seni khat ini.
Kami menyediakan dua kelas khat yang berbeza pada program cuti sekolah 2017 ini, bagi memberi peluang kepada peserta untuk memilih kelas yang ingin diikuti . Maklumat kelas adalah seperti berikut :
Biarlah anak anak anda mendapat pengisian yang berguna semasa cuti sekolah nanti. PENDAFTARAN ADALAH TERHAD.. BERTINDAKLAH SEGERA DENGAN MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN 0193932947 / 0126223114 / 0145068725
Alhamdulillah baru baru ini telah selesai kelas khat Diwani Jali bagi musim pertama..Kelas ini diadakan selama 3 bulan setiap hari rabu bermula dari 8.00 malam sehingga 10.00 malam yang bertempat di Galeri Diwani Kraf Kota Kemuning Shah Alam..Insyallah kelas untuk musim seterusnya akan bermula lagi iaitu pada RABU malam 9 OGOS 2017..Kepada sesiapa yg berminat untuk mengikuti kelas khat diwani jali ini boleh lah membuat pendaftaran segera kerana pendaftran adalah terhad..Sijil penyertaan turut disediakan..
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 0193932947 & 0145068725
Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Peringkat Lanjutan II 1433H / 2012M anjuran Pusat Da’wah Islamiah Brunei yang diadakan selama 14 hari bermula dari 1 November 2012 sehingga 14 November 2012. Terima kasih saya ucapkan kepada Pusat Da’wah Islamiah atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan bengkel ini kali sekali lagi. Bengkel Penulisan Seni Khat Lanjutan II pada kali ini menumpukan kepada dua jenis khat iaitu khat nasakh dan khat diwani. Disamping itu diadakan juga ujian penilaian kepada peserta-bengkel untuk ke dua-dua jenis khat ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pegawai-pegawai Pusat Dakwah Islamiah yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang berlangsungnya bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Peringkat Lanjutan II 1433H / 2012M ini.
Alhamdulillah.. Hari ini kami telah selesai mengadakan Pertandingan Seni Khat Terbuka sempena sambutan Maulid Rasul peringkat Negeri Melaka, Tahun 1429H yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Yayasan Restu. Pertandingan ini telah diadakan di Galeri Ketua Menteri Melaka di Peringgit. Seramai lebih 50 orang telah hadir bagi memeriahkan pertandingan pada kali ini. Pada pandangan saya kualiti keseluruhan tulisan para peserta sangat baik dan saingan juga sengit. Khat yang dipertandingkan adalah khat thuluth. Biasalah..Adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada yang menang dan saya nak ucapkan tahniah juga kepada yang kurang bernasib baik kerana telah berusaha dengan penuh semangat bagi memartabatkan seni khat. Sanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk memeriahkan pertandingan. Sudah tentu anda mendapat pengalaman yang sangat berharga di pertandingan ini. Pemenang pertandingan ialah: 1) Ustaz Hilyas (Terengganu), 2) Muhammad Zulfikri (Kedah), 3) Muhammad Ilham (Kelantan).
Inilah beberapa gambar suasana pertandingan dan pameran yang sempat diambil
Penulis seni khat ini ialah Muhammad Munif tetapi kaedah penulisannya telah diolah semula oleh Syahla Pansha dan al- Hafiz Othman. Dinamakan khat Diwani kerana ada diantara pendapat yang mengatakan khat ini sering digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan – jabatan kerajaan. Dari jabatan kerajaan tulisan ini berkembang kesegenap lapisan masyarakat. Tujuan khat ini dicipta di waktu itu ialah untuk menulis semua keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan serta surat – menyurat rasmi. Namun ketika ini ia biasanya digunakan untuk menulis sijil, watikah dan tulisan – tulisan untuk perhiasan. Khat ini mempunyai bentuk yang tersusun dan tidak mempunyai baris atau hiasan (contoh di atas sengaja dibariskan untuk memudah bacaan). Keistimewaannya terserlah pada bentuknya yang bundar dan melengkung, sebenarnya ia lebih mudah ditulis dan dibentuk oleh seorang penulis berbanding khat – khat lain. Hurufnya juga boleh disesuaikan pada sebarang bentuk ruang dan situasi contohnya jika mencipta logo, mencipta desain, tulisan khas dan lain – lain lagi.