This slideshow requires JavaScript.
Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ini termakbul hajat saya menjejakkan kaki ke IRCICA (Reserch Centre for Islamic History, Art and Culture), Istanbul untuk bertemu dan belajar kaligrafi daripada tokoh-tokoh khat Turki. Untuk permulaannya, hari ini bertempat di satu sudut tingkat dua bangunan IRCICA saya bertemu dengan Ustaz Mumtaz Durdu untuk belajar khat nasakh. Beliau adalah murid dan pembantu kepada Ustaz Hassan Calabi yang dikhususkan oleh IRCICA untuk mengajar khat nasakh. Walaupun sebelum ini saya agak kurang mengenali Ustaz Mumtaz Durdu, tetapi daripada pengamatan saya hasil tulisan nasaknya sangat halus dan sempurna. Sudah tentu beliau adalah orang yang sangat sesuai membantu Ustaz Hasan Calabi dalam mengajar khat nasakh kepada pelajar yang datang dari serata pelosok dunia. Seperti biasa, secara tradisi belajar khat di Turki, pelajar yang baru datang mesti bermula dari awal dengan menulis doa khas belajar khat iaitu “Rabbi Yssir Wala Tuássir…” sebelum mula menulis huruf mufradat. Tidak kira samaada anda sudah pandai menulis atau belum pernah tulis khat. Pelajar tidak dibenarkan menulis selain dari apa yang ditulis oleh ustaz.
Setelah selesai kelas, saya bersama sahabat dari Yaman dan Algeria bergerak ke bandar Fatih untuk membeli beberapa peralatan khat di sebuah yang terkenal menjual pelbagai jenis waraq muqahhar, iaitu kertas yang dibuat khas untuk menulis khat. Sebenarnya banyak kedai-kedai buku dan galeri khat terdapat di Istanbul yang menjual waraq muqahhar ini, tetapi tidak semua qualitinya bagus yang sesuai ditulis dengan apa sahaja jenis dakwat. Waraq muqahhar yang baik bermakna kertas tersebut sangat mudah ditulis di atasnya dengan apa sahaja jenis dakwat dan boleh dilakukan pembetulan (tartish) dengan mudah, samaada menggunakan pen khat yang paling halus atau pen khat bersaiz besar. Di Bandar Fatih ini terdapat sebuah kedai yang sangat terkenal menjual peralatan khat dan waraq muqahhar. Nama kedai ini Karin Sanat Malzemeleri.
Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Peringkat Lanjutan II 1433H / 2012M anjuran Pusat Da’wah Islamiah Brunei yang diadakan selama 14 hari bermula dari 1 November 2012 sehingga 14 November 2012. Terima kasih saya ucapkan kepada Pusat Da’wah Islamiah atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan bengkel ini kali sekali lagi. Bengkel Penulisan Seni Khat Lanjutan II pada kali ini menumpukan kepada dua jenis khat iaitu khat nasakh dan khat diwani. Disamping itu diadakan juga ujian penilaian kepada peserta-bengkel untuk ke dua-dua jenis khat ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pegawai-pegawai Pusat Dakwah Islamiah yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang berlangsungnya bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Peringkat Lanjutan II 1433H / 2012M ini.
Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2012) is a 4-day festival initiated by Taman Tamadun Islam Terengganu, Malaysia (Islamic Civilization Park) with the sole purpose of promoting Islamic Art. It is an extention of ‘Inspirasi Seni Khat’ 2011 which was previously organized and received overwhelming responds from local and abroad.
The TIIAF 2012, with the theme of “devotion to Islamic art…” is expected to be the venue where value of Islamic calligraphy and its applications are promoted at the highest level. Apart from seminars workshop and competitions, which shall be conducted by world renowned calligraphers, the festival also features experimental khat-batik design demonstration, Islamic Musical shows and exposition of various Islamic Art product. It is an opportunity not to be missed not only to aspiring calligraphers but all who love Islamic Arts
For further information please contact:
THE SECRETARIAT
TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ART FESTIVAL
TTI Management Sdn. Bhd, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia.
TEL : +6096278807. FAX : +6096309020.
WEBSITE: www.tti.com.my EMAIL: calligraphy@tti.com.my
P/ In charge : MR. KHALIZAN MAHMUD (H/P: +6013-2626061) / MR. ZAFUAN (H/P: +6017-9305890)
INTERNATIONAL CALLIGRAPHY COMPETITION FORM (PDF FILE), PLEASE CLICK HERE
NATIONAL (Malaysian only) CALLIGRAPHY COMPETITION FORM (PDF FILE), PLEASE CLICK HERE
KURSUS ASAS PENULISAN KALIGRAFI di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan pada 18 April 2012.
Inilah kulit kambing asli yang akan saya tulis SURAT PERISHTIHARAN dan WARKAH IKRAR untuk pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI pada 11 april 2012 nanti. Saya menggunakan jenis tulisan khat nasakh untuk teks dan khat thuluth untuk tajuk. Semoga usaha ini diberkati oleh Allah S.W.T. Amin…
Pertandingan Khat IRCICA ke 9 atas nama Ekmeleddin Ihsanoglu telah diumumkan oleh IRCICA (RESEARCH CENTRE FOR ISLAMIC HISTORY, ART AND CULTURE) melalui laman webnya: http://ircica.org. Pertandingan khat peringkat antarabangsa yang sangat berprestij ini diadakan dalam masa 3 tahun sekali. Untuk menyertainya, peserta perlu mendaftar sebelum 31 Oktober 2012 dengan mengirim borang penyertaan kepada sekretariat pertandingan di IRCICA, Turki. Tarikh akhir menghantar karya pada 28 Februari 2013 ( setahun tu bagi masa.. hehe). Penghakiman pada April 2013. Senarai hakim khat untuk pertandingan ini ialah:
– Dr. Halit Eren, IRCICA Director General, Chairman of the Organising Committee
– Mr. Mus’ad Khudair al-Borsaidi, Master of Calligraphy, Egypt
– Mr. Ubayda Muhammed Salih al-Banki, Master of Calligraphy, Syria
– Mr. Hamidi Bel’id, Master of Calligraphy, Morocco
– Dr. Abdul-Rida Bahiye, Master of Calligraphy, Iraq
– Mr. Jalil Resuli, Master of Calligraphy, Iran
– Mr. Fuad Başar, Master of Calligraphy, Turkey
– Mr. Davud Bektaş, Master of Calligraphy, Turkey
Antara ayat yang dipertandingkan :
1) Thuluth Jali: Surah al-Fath, ayat 28. 2) Thuluth ‘Aadi: Surah al-Baqarah, ayat 285 – 286
Selamat berkarya kepada semua para khattat……… Apa salahnya mencuba!!. Sekurang-kurangnya dapat sijil dari IRCICA.. 🙂
Untuk download borang pertandingan sila click di sini : 9th International Calligraphy Competition
Lawatan Kelab Seni Khat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat Johor ke Galeri Diwani Kraf pada 25 Februari 2012. Terima kasih kepada Ustaz Rumaja sebagai ketua rombongan kerana sudi datang ke tempat saya yang serba kekurangan ini. Semoga dengan serba sedikit tips yang saya telah bincangkan pada pertemuan itu dapat memberi galakan semangat kepada pelajar-pelajar ini dalam aktiviti seni khat di sekolah mereka.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah..
Sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI, Diwani Kraf telah diamanahkan untuk menulis Watikah Pertabalan dan Warkah Persilaan kepada sultan-sultan dan pembesar negeri seluruh Malaysia. Apa yang istimewanya, watikah pertabalan ini akan ditulis atas kulit kambing yang telah diproses sehingga menjadi seperti kertas dan boleh bertahan sehingga jangkamasa yang sangat lama. Saya difahamkan, kulit kambing ini telah disediakan oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Jupem) . Sementara Warkah Persilaan pula akan ditulis atas kertas jenis goatskin paper yang berhiasan di sekelilingnya dengan corak Bunga Kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya. Warkah Persilaan ini nanti akan dihadapkan kepada sultan-sultan dan pembesar negeri untuk tujuan persilaan menghadiri acara pertabalan Yang di Pertuan Agong Malaysia XVI pada kali ini.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
..Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (63) Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (64) Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. (65) Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk; (66) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67) Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; (68) Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan; (69) Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (70) Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; (71) Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (72) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. (73) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (74) Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, (75) Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal. (76) Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu. (77) “
Terima kasih kepada pihak Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam yang sudi datang mengunjungi Galeri Diwani Kraf hari ini. Delegasi seramai lapan orang ini diketuai oleh rektornya Dr Haji Serbini bin Matahir telah menghabiskan masa lebih satu jam di sini. Kami membincangkan tentang beberapa perkara yang sedang diusahakan bersama iaitu penyalinan mushaf UNISSA yang mana Diwani Kraf terlibat secara langsung sebagai perunding.
Kelas Khat Intensif Cuti Sekolah 2011 anjuran Diwani Kraf yang sedang berlangsung ketika ini telah mendapat liputan daripada pihak TV3. Hari ini kami di jemput ke Sri Pentas untuk program Malaysia Hari Ini (MHI) untuk rakaman secara langsung aktiviti-aktiviti belajar menulis khat oleh kanak-kanak yang mengikuti kelas kami di sini. Walaupun segmen yang telah ke udarakan pada pukul 7.40 pagi tadi hanya seketika, Alhamdulillah sempat juga kami bercakap serba-sedikit berkenaan betapa pentingnya anak-anak diajar menulis khat dan jawi seawal usia persekolahan mereka. Melentur buluh biar dari rebungnya…! Ramai kanak-kanak yang cenderung dan berbakat besar dalam seni penulisan ini tetapi oleh kerana tiada dorongan dan usaha daripada ibu bapa sendiri untuk menghantar mereka belajar dan mengembangkan kebolehan itu, akhirnya kita mensia-siakan bakat besar mereka. Selain dapat menulis jawi, hadis dan ayat-ayat al-Quran dengan baik, sebenarnya potensi masa depan mereka yang mampu menguasai kemahiran ini sangat cerah. Berbagai bidang pekerjaan memerlukan kemahiran yang sangat unik ini. Samaada anak-anak anda atau anda sendiri, kami mengalu-alukan semangat anda untuk belajar seni khat dengan tatacara yang betul bersama guru-guru yang berpengalaman luas dan telah terbukti kebolehan mereka. Silalah datang ke pejabat kami untuk kita saling berkenalan atau anda ingin terus mendaftar untuk mengikuti kelas khat.
Sebagai makluman kepada anda, selain dari Kelas Khat Intensif Cuti Sekolah 2011, ketika ini kami juga sedang menjalankan kelas khat secara mingguan yang boleh diikuti oleh sesiapa sahaja. Ada dua pilihan kepada anda. kepada yang bekerja di siang hari, kami khaskan kelas mingguan anda pada sebelah malam. Atau ada yang tidak boleh pada sebelah malam, anda boleh memilih kelas khat pada sebelah pagi hari sabtu:
Alamat pejabat DIWANI KRAF : No. 47-1, Jln Kemuning Prima D33/D, Tmn Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03 51313974 / 019 3932947 (BAKI) / 019 5514500 (ZUL)
Pada hari khamis 10/11/11 yang lalu telah berlangsung sesi pemilihan pemenang untuk Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertempat di Bahagian Manuskrip Jawi di tingkat 11 bangunan PNM. Barisan juri diketuai oleh YDP Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) sendiri iaitu Ustaz Muhammed Yusuf Abu Bakar. Saya dijemput untuk menyertai jemaah ini bersama Ustaz Jainal Sakiban, Ustaz Asrak dan Ustaz Zainurrahman. Dua kategori telah dipertandingkan, iaitu remaja dan dewasa dengan peserta diminta menulis lima rukun negara dalam apa sahaja jenis seni khat yang mereka inginkan; tidak dihadkan pada jenis khat tertentu sahaja. Nampaknya sambutan amat menggalakkan dengan hampir sejumlah 400 penyertaan telah diterima oleh PNM dalam dua kategori ini. Katanya pihak PNM juga terpaksa menunda tarikh akhir penyerahan kerana banyak rayuan dari peserta yang belum sempat siapkan karya. Kualiti penulisan khat para peserta juga sangat baik terutama dalam kategori dewasa yang memperlihatkan peningkatan mutu penulisan dari segi kaedah seni khat, susunan dan kreativiti mereka. Saya ucapkan tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada PNM dan PSKK yang bertanggungjawab menganjurkan pertandingan ini. Semoga ada lagi jabatan-jabatan kerajaan yang lain atau pihak-pihak swasta yang mencontohi usaha PNM ini demi memberi galakan kepada golongon remaja yang semakin ramai meminati tulisan jawi dan khat, seterusnya dapat menyemai kembali jatidiri bangsa melayu dan Islam dalam masyarakat.