Sepanduk Maulidurrasul S.A.W.

Tiga sepanduk hasil rekaan Diwani Kraf yang telah memenangi pertandingan sepanduk sempena perarakan sambutan Maulidurrasul peringkat negeri Selangor pada 15 Feb 2011. Tahniah kepada semua pemenang…!       1) Karangkraf: No. 1 Kategori syarikat swasta.   2) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah: No. 1 Kategori jabatan kerajaan.   3) Worldwide Holdings Berhad: No. 3 Kategori syarikat swasta.

Lima Jenis Khat

Tempahan lima jenis khat: Diwani jali, Riq’ah, Farisi, Thuluth dan Diwani, ayat 65 dari surah Yasin

ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيہِمۡ وَتَشۡہَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ


Borang Pertandingan Khat TTI 2011

Atas permintaan ramai yang menghadapi kesukaran mendapatkan borang pertandingan khat, di sini saya uploadkan borang Seminar & Pertandingan Inspirasi Seni Khat Taman Tamadun Islam (TTI) Terengganu 2011 supaya lebih ramai yang berhajat menyertainya boleh download dan print sendiri. Borang ini juga boleh di photostat dan diedarkan kepada kawan-kawan, guru, pelajar dan penggiat seni khat yang anda kenali supaya mereka boleh turut serta dan tidak ketinggalan menyertai antara acara seni khat terbesar di Malaysia tahun ini.

Khat Nasta’liq

رب اجعلنى مقيم الصلوة ومن ذريتى

Ceramah Khas Seni Khat dan Reka Bentuk Islam

CERAMAH KHAS “SENI KHAT DAN REKA BENTUK ISLAM” ANJURAN UNIT KEUGAMAAN DAN TAKMIR SURAU, BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, PADA :23 JANUARI 2011 YANG LALU.



Munib Obradovic

Munib Obradovic

Born in Mostar, Bosnia and Herzegovina-1971, he graduated from Faculty of Engineering of Dzemal Bijedic University in Mostar – 2000
During aggression on Bosnia 1992, while he was watching at Islamic calligraphy of damaged mosques, he was attracted to this art.
1998 when he came to Cairo, he accomplished calligraphy art in Khalil Agha School, and studied calligraphy with Master of Calligraphy Khudair  Al Borsaidi.
Mouneb Obradovic is producing works in the styles of jali thuluth, thuluth, nasih and jali diwany, according to the classical approach.
His pieces of calligraphy have entered museums and special collections.

Source: munibcalligraphy.com

Seminar & Pertandingan Seni Khat

Inspirasi Seni Khat. TAMAN TAMADUN ISLAM, K. TERENGGANU

SEMINAR DAN PERTANDINGAN SENI KHAT akan dianjurkan oleh Taman Tamadun Islam (TTI) Terengganu pada 12-13 Mac 2011 bertempat di Taman Tamdun Islam, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu, Terengganu. Saya difahamkan bahawa seminar seni khat ini akan dihadiri oleh penulis khat (khattat) terkenal kelahiran Bosnia yang menetap di Mesir iaitu Munib Obradovic yang dijemput khas oleh TTI untuk pengisian seminar tersebut.

Munib Obradovic adalah penulis seni khat yang terkenal dan mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa ketika ini. Di samping sering diundang mengadakan pameran dan workshop seni khat di sekitar Mesir dan beberapa negara lain, beliau juga adalah pemenang tempat ke dua (Thuluth Jali) dalam pertandingan seni khat anjuran IRCICA Turki pada tahun 2007. Hasil karyanya sungguh mengkagumkan. Kehebatan tulisannya setanding penulis-penulis khat terkenal Turki seperti Daud Bektash dan Muhammad Ozcay dan ini  diakui sendiri oleh ramai tokoh-tokoh seni khat seluruh dunia. InsyaAllah, harapannya pada program ini nanti beliau akan berkongsi dengan kita pengalaman beliau serta mendedahkan rahsia-rahsia untuk menghasilkan tulisan khat yang indah sepertimana karyanya dan bagaimana seorang yang bukan berbangsa Arab sangat berjaya dalam seni khat Arab ini. Jadi peluang ini sangat ditunggu-tunggu oleh penulis seni khat di Malaysia. Ambillah peluang..!  Amat jarang acara sebegini diadakan di Negara kita.

Pertandingan seni khat pula dipecahkan kepada empat kategori: 1) Kanvas. 2) Kayu. 3) Logam dan 4) Spontan. Hadiah yang sangat lumayan menanti peserta. Sila lihat detailnya di bawah ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

09-6278805 (Pertanyaan) / 013-2626061 (En. Khalizan) / 017-9305890 (Zafuan)

لوحة جديدة

من صبر ظفر

بحجم القلم: 0.8 سم

Kelas Khat Hujung Minggu

Kelas khat Hujung Minggu, setiap hari sabtu akan bermula pada 8 Jan 2011, bertempat di 18A, Jln. Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, dari jam 9.00am – 1.00pm. Untuk mendaftar:
Taip SMS
Kelas khat <jarak>Nama Anda<jarak>Umur. Dan hantarkan ke 0193932947

Lakaran Khat Thuluth

“O my people! I delivered my Lord’s messages unto you and gave you good advice” (Al-A’raf: 93)


Surau Istana Negara

Sebahagian ayat-ayat dari surah al-Furqan dan at-Taubah yang saya tulis untuk hiasan dalaman Surau Istana Negara, Jalan Duta yang masih dalam pembinaan ketika ini. Ayat ini adalah untuk hiasan di sekeliling ruang dalaman dan bahagian mihrab surau menggunakan jenis khat thuluth dan nasakh. Ukuran keseluruhan tulisan di sekeliling surau: 3 x 180 kaki. Kesemua huruf-hurufnya divectorize supaya boleh dipotong dengan waterjet machine. Bahannya adalah aluminum warna emas dan dipadankan dengan latar belakang kayu.

Khat Nasakh

Tulisan khat nasakh ayat 5-8 dari surah al-Baqarah dalam resam imlaie mengikut gaya Shawqi Afendi (1828-1887) yang sangat terkenal dengan keindahan tulisannya di dalam khat nasakh dan thuluth. Gaya Shawqi mempunyai karekter tersendiri dan mempunyai banyak teknik-teknik khas untuk menulisnya yang amat sukar diikuti terutama untuk menulis huruf jim, ain, sin dan mim. Gabungan penggunaan hujung pen sehingga menjadi halus meruncing dan tebal pada bahagian-bahagian tertentu ketika menulis huruf-huruf ini sangat menarik diteliti oleh penulis-penulis khat.

Surah Al-Qiamah

Surah Al-Qiamah-Khat nasakh dan thuluth

Bengkel Khat-Brunei 2010

Bengkel tahsinul khat dan seni khat jawi peringkat lanjutan yang telah berjalan selama 2 minggu ini adalah satu program yang sangat bermanfaat kepada penulis-penulis khat di Negara Brunei Darussalam sebagai satu platform untuk mereka meningkatkan kualiti tulisan khat seterusnya menambah nilai dalam bidang pekerjaan masing-masing. Di dalam bengkel ini peserta telah didedahkan dengan teknik penulisan khat mengikut kaedah yang betul dan muktabar yang diguna pakai di seluruh dunia serta kaedah-kaedah yang mudah dilaksanakan serta amat berkesan terutama di dalam seni khat nasakh dan thuluth. Kedua-dua khat ini sangat penting kerana keduanya merupakan tunjang kepada cabang seni khat yang lain. Jika seseorang penulis boleh menguasai kedua-dua khat ini, maka lebih mudah baginya untuk meguasai jenis-jenis khat yang lain. Kedua khat ini juga paling banyak digunakan di seluruh dunia dalam pelbagai bidang dan medium dan sangat meluas digunakan di Negara Brunei Darussalam.

Di bengkel ini, peserta juga berkesempatan mencungkil rahsia-rahsia seni khat yang amat sukar diperolehi dan terlihat dengan mata kasar kita jika tiada tunjuk ajar daripada guru yang betul. Seperti ada pepatah Arab berbunyi:

الخط مخفى فى تعليم الأستاذ وقوامه فى كثرة المشق

Rahsia tulisan khat tersembunyi dalam pembelajaran bersama guru dan untuk menguatkannya (bentuk huruf) adalah dengan latihan yang berterusan.

Seperti yang kita maklum, seni khat mempunyai rahsia-rahsia penulisan yang sangat banyak, ia memerlukan tunjuk ajar dan pendedahan daripada guru sendiri, kerana tanpa pengajaran daripada guru seseorang penulis amat sukar mengetahui rahsia huruf dan tidak mampu menghasilkan tulisan dengan betul dan cantik. Mempelajari seni khat tidak cukup dengan hanya sekadar melihat dan membaca daripada buku-buku kaedah seni khat sahaja. Cara ini akan mengambil masa yang sangat panjang dan tidak mungkin seseorang penulis itu mendapat teknik penulisan yang berkesan tanpa melihat sendiri bagaimana cara membuatnya yang betul daripada seorang guru.

Setelah mengetahui teknik menulis khat daripada guru, maka usaha selebihnya bergantung kepada penulis sendiri. Untuk memperkuatkan kaedah huruf, seseorang penulis perlu berterusan membuat latihan sehingga apa yang dipelajari dapat ditulis sama seperti dikehendaki kaedah seni khat.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ‘tahniah’ kepada penulis-penulis khat Negara Brunei Darussalam di atas kualiti tulisan khat mereka, kerana pada pemerhatian saya mutu tulisan khat di sini telah meningkat dengan ketara berbanding dahulu, terutama setelah apa yang dapat saya lihat sendiri hasil kerja penulis-penulis pada peraduan menulis Seni Khat Jawi Kebangsaan yang berakhir pada 30 september 2010 yang lalu. Secara jujur, apa yang saya lihat sangat berbeza dengan kualiti pada 3, 4 tahun yang lalu ketika saya sering ke sini samada atas jemputan pertandingan menulis khat asean atau pameran-pameran seni khat. Umpamanya di dalam khat thuluth, saya dapat melihat ada beberapa peserta telah menulis huruf-huruf dalam khat thuluth dengan baik dan amat kemas serta membuat susunan-susunan yang menarik. Peningkatan ini tidak boleh terhenti di sini sahaja kerana untuk mencapai tahap tulisan khat peringkat antarabangsa, kita memerlukan kualiti yang lebih tinggi dan usaha yang berterusan. Sudah tentu untuk bandingan dengan tahap yang terdapat di timur tengah atau Turki, jurangnya masih jauh. Tetapi dengan usaha berterusan yang dimainkan oleh Pusat Dakwah Islamiah ini, tidak mustahil dalam 5 tahun akan datang ada penulis-penulis khat Brunei boleh menjadi setaraf di Turki dan mampu menempatkan diri dan memenangi peraduan-peraduan khat peringkat antarabangsa seperti di IRCICA dan sebagainya.

terima kasih kepada peserta-peserta bengkel di atas kerjasama yang telah diberikan dari awal sehingga akhir program serta memudahkan saya mengendalikan bengkel ini dengan berkesan

Harapan saya kepada peserta-peserta bengkel Tahsinul khat dan bengkel seni khat jawi lanjutan ini supaya berusaha bersunggu-sungguh dan memberi komitmen dalam meningkatkan kualiti tulisan khat kita dengan mempraktikkan apa yang telah dipelajari di sini dengan latihan harian masing-masing, kerana apa yang kita telah pelajari di sini akan hilang begitu sahaja jika dibiarkan tanpa ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk diterjemahkan dengan latihan yang berterusan.

Berusahalah membahagikan masa kita dengan latihan dan kerja-kerja yang lain supaya dapat membuat latihan pada setiap hari walaupun sedikit, jangan tinggalkannya terus tanpa latihan. Kerana latihan yang berterusan dan bersungguh-sungguh sahaja satu-satunya cara untuk maju dalam seni khat ini.

Di sini juga, saya memohon maaf andai ketika saya mengendalikan bengkel ini terdapat kekurangan dan terkasar bahasa atau terdapat sesuatu yang kurang menyenangkan semua pihak terutama kepada pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan saya di sini. Dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah memberikan komitmen yang tinggi sehingga semuanya berjalan dengan lancar dan teratur.

 

Inilah diantara peserta-peserta yang menyertai Bengkel Seni Khat Jawi Lanjutan anjuran Pusat Dakwah Islamiah Negara Brunei Darussalam 2010.

Bengkel Penulisan Seni Khat Di Brunei

Assalamualaikum

Alhamdulillah, ketika ini saya berada di negara Brunei Darussalam atas jemputan Pusat Dakwah Islamiah untuk mengendalikan bengkel penulisan seni khat bersama penulis khat terkenal dari Kuwait; Jasim Mi’raj dan Farid Al-Ali kepada penulis-penulis khat di sini. Kursus ini akan berlangsung selama 2 minggu dari 1 nov – 14 nov 2010, di mana peserta-peserta yang terpilih untuk mengikuti bengkel ini terdiri daripada orang-orang penting yang menggerakkan seni khat di Brunei seperti penulis di jabatan-jabatan kerajaan, pensyarah, guru-guru sekolah dan penggiat seni khat. Seramai 50 orang peserta telah menghadirkan diri dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan satu dikendalikan oleh Jasim Mi’raj dan Farid Al-Ali manakala yang ke dua dikendalikan oleh saya.

Untuk pengisian bengkel penulisan seni khat pada kali ini, insyaAllah saya akan memberi tumpuan kepada kaedah penulisan khat nasakh dan thuluth mengikut gaya Shauqi dan teknik membuat desain dan hiasan di sekeliling ayat sehingga menjadi satu lembaran seni yang lengkap. Dalam tempoh masa yang terhad, insyaAllah saya akan cuba sekadar yang mampu untuk memberi pengajaran yang terbaik kepada peserta-peserta bengkel yang nampaknya sungguh berminat dan penuh bersemangat menambah ilmu dalam seni Islam ini.

Kelas Intensif SENI KHAT Cuti Sekolah

  • “Belajarlah menulis khat dengan cantik, sesungguhnya ia anak kunci rezeki” Saidina Ali K.A.W.
  • Kelas Intensif Seni Khat ini sesuai untuk semua peringkat usia.
  • Terdapat dua sesi kelas untuk dipilih oleh peserta: 1. Pada sebelah pagi dari jam: 9.00am-11.00am dan 2. Pada sebelah malam dari jam 8.00pm-10.00pm.
  • Tempoh pembelajaran selama 5 minggu. Kelas akan bermula pada 22 Nov 2010 – 22 Dis 2010, setiapa hari isnin, selasa dan rabu.
  • Kelas intensif seni khat ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh: Ustaz Abdul Baki Abu Bakar
  • Peralatan menulis seni khat disediakan.
  • Suasana pembelajaran yang kondusif.
  • Menambah nilai pada kreativiti dan kerja-kerja anda.
  • Memaksima cuti sekolah dengan kegiatan seni Islam.
  • Satu kelas terhad hanya 25 orang sahaja. Daftar segera..!
  • Daftar cara mudah dengan menaip SMS: Khat Intensif<jarak>Nama Anda<Umur> dan hantarkan ke 019-3932947.
  • Tel: 019-3932947 (Ust. Baki). 012-6338240 (Ust. Adam)

Khat Farisi

Selawat Tafrijiah

Selawat Tafrijiah - Khat Farisi

“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”.

Muhammad

لوحة جديدة كتبتها اليوم بحبر اليابانى يسمى هولبين على الورق لامع

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Idul fitri diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat daripada saya sekeluarga:

Abdul Baki, Nor Hayati, Aina Syafiqah, Anis Wajihah dan Muhammad Adam

Thuluth ‘Adi

Surah Al-Haj: 32

“That (is the command). And whoso magnifieth the offerings consecrated to Allah, it surely is from devotion of the hearts”

Ramadan 1431

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh Muslimin dan Muslimat,

semoga amalan kita diterima dan diredhoi olehNya…. Amin.

Seni Khat Thuluth

Lama juga rasanya tak update blog ini dengan tulisan-tulisan khat. Beberapa tugasan penting terpaksa saya selesaikan dahulu. Sekadar untuk berkongsi dengan kawan-kawan dan peminat seni khat yang semakin bertambah dari hari ke hari, pada kali ini saya masukkan draf susunan sebelum karya yang sebenarnya dibuat, ayat 173 dari surah Aali Imran. Juga mencuba tauqi’ terbaru saya : ‘ABD‘.

Ketika ini saya banyak memberi tumpuan untuk Festival Kesenian Islam Dwi Tahunan Yayasan Restu yang InsyaAllah akan berlangsung pada tarikh 30 Julai 2010 hingga 10 Ogos 2010, terutama hal-hal yang berkaitan dengan Pertandingan Seni Khat, Musabaqah Khattul Quran. Kepada semua, dijemput hadir untuk memeriahkan festival yang julung kali diadakan ini. Kepada penulis-penulis seni khat di Malaysia, janganlah lepaskan peluang keemasan untuk menyertai pertandingan seni khat ini. Hadiah cukup hebat menanti anda… disamping menilai bakat yang dimiliki kita juga boleh berjumpa sahabat-sahabat seperjuangan, bertukar maklumat dan berkongsi pengalaman. Moga inilah waktunya kita memperoleh sesuatu yang baru dan berharga, yang boleh dimanfaatkan dalam memajukan seni khat kita. Jumpa anda di Kompleks Taman Seni Islam Selangor nanti…!

Musabaqah Khattul Quran

Borang Musabaqah Khattul Quran

Pertandingan Seni Khat Kebangsaan anjuran Yayasan Restu akan diadakan sempena Festival Al-Quran Dan Kesenian Islam Yayasan Restu, pada 30 Julai 2010 sehingga 10 Ogos 2010 bersamaan 18 Sya’ban 1431 sehingga 29 Sya’ban 1431 Hijriah, bertempat di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor.

Sebanyak tiga kategori / peringkat dipertandingkan:

  1. Kategori kanak-kanak (Sekolah rendah). – Khat Nasakh ( Spontan) – Tarikh: 31 Julai 2010
  2. Kategori Remaja ( Sekolah Menengah). – Khat Nasakh ( Spontan) – Tarikh: 1 Ogos 2010
  3. Kategori Terbuka (Dewasa). – Khat Nasakh ( Spontan) – Tarikh: 7 Ogos 2010
  4. Kategori Terbuka (Dewasa). – khat Thuluth (Spontan) – Tarikh: 7 Ogos 2010

Hadiah – hadiah yang ditawarkan:

Kategori kanak-kanak

  • Pertama                      : RM500.00 + Sijil
  • Kedua                          : RM300.00 + Sijil
  • Ketiga                          : RM200.00 + Sijil
  • Saguhati (x3)           : RM50.00 + Sijil

Kategori Remaja

  • Pertama                     : RM700.00 + Sijil
  • Kedua                         : RM500.00 + Sijil
  • ketiga                          : RM300.00 + Sijil
  • Saguhati (x3)           : RM100.00 + Sijil

Kategori Terbuka (Nasakh)

  • Pertama                      : RM2500.00 + Sijil
  • Kedua                          : RM1500.00 + Sijil
  • Ketiga                          : RM700.00 + Sijil
  • Saguhati (x3)           : RM300.00 + Sijil

Kategori Terbuka (Thuluth)

  • Pertama                     : RM3000.00 + Sijil
  • Kedua                         : RM2000.00 + Sijil
  • Ketiga                         : RM1000.00 + Sijil
  • Saguhati (x3)           : RM500.00 + Sijil

Borang Pertandingan Seni Khat Kebangsaan ini boleh diperolehi dengan yuran RM10.00 di :

Yayasan Restu,

Kompleks Taman Seni Islam Selangor,

Persiaran Damai, Seksyen 10, 4oooo Shah Alam,

Selangor, Darul Ehsan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Yayasan Restu:

Tel pejabat          : 03-55119001

Mohd Yazid        : 019-3448719

Zulhelmi              : 013-4140845

Umi faezah          : 016-6375997

Seni Khat Thuluth

Lafzul Jalalah

Seni Khat Thuluth

Ammar Afifi

Result

RESULTS OF THE 8th INTERNATIONAL CALLIGRAPHY COMPETITION

DEDICATED TO THE LATE SYRIAN CALLIGRAPHER M. BADAWI AL-DIRANI

1. Thuluth Jali: Muhammed Yaman, Turki.

2. Khat Thuluth: Abdurrahman Depeler, Turki.

3. Thuluth Jali: Ahmed Fares Rezq Awad, Mesir.

Seni Khat Nasakh – Hadith

Seni Khat Thuluth-Nama

Seni Khat Nasakh

Muhammad Rasulullah

Lawhah

New lauhah