Thuluth & Naskh

My calligraphy in thuluth & naskh type follow  Syed Abdullah Zuhdi’s way..

Kursus Qalam Thuluth

Kursus Qalam Thuluth ini akan diadakan pada 13 Mac 2010 (Hari sabtu) bertempat di Pusat Latihan Yayasan Restu (RIYADH RESTU), Kuang, Selangor. Pengisian kursus ini, akan menumpukan kepada satu jenis seni khat sahaja iaitu khat thuluth. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa, khat ini merupakan salah satu jenis khat yang begitu meluas penggunaannya di Malaysia dan amat sukar untuk menguasai disebabkan banyak rahsianya yang tersembunyi. InsyaAllah kursus ini akan dikendalikan oleh saya sendiri di mana kita akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, berbincang tentang rahsia, tips dan kaedah-kaedah seni khat thuluth ini agar kita dapat menambahkan pengetahuan dan memanfaatkannya di dalam  hasil kerja seni kita di masa akan datang.

Kepada yang berminat dijemput untuk mendaftarkan diri secepat mungkin, kerana penyertaan sangat terhad. Untuk malumat lanjut sila hubungi : Zulfikri: 012-6940323 / Ummi : 016-6375997 /  Hawa: 012-6223114

Writing on the Wall

Hasil tulisan kaligrafi saya telah digunakan untuk satu program yang agak besar dan hebat oleh sekumpulan artis Muslim di United Kingdom yang terdiri dari pelbagai background seni. Saya diminta oleh salah seorang daripada mereka iaitu sahabat saya bernama Muhammed Ali untuk menulis beberapa patah perkataan untuk tujuan tersebut. Program yang lebih menjurus ke arah keamanan sejagat ini telah di adakan di Birmingham Repertory Theatre pada 21 Jan 2010 baru-baru ini. Beberapa gambar saya paparkan di sini untuk dikongsi bersama.

Thuluth & Nasakh

Masyaq khat nasakh dan khat thuluth

Tulisan Hassan Calabi

Beberapa gambar tulisan khat di dalaman masjid Almaty Central Mosque, Kazakhstan hasil tulisan Ustaz Hassan Calabi dari Turki. Dengan kaedah yang tepat dan susunan yang kemas, ia kelihatan sungguh indah menghiasi setiap sudut masjid ini dengan kombinasi warna biru dan emas.

New Lauhah

Sedang menyiapkan lauhah tulisan khat (ان الله جميل يحب الجمال). Menggunakan pen saiz 1.5 cm, Kertas : Waraq muqahhar.

Waleed Karajah

To Ustaz Waleed Karajah

Sami Afendi

  • Sami Afendi adalah salah seorang penulis khat Zaman Othmaniah yang sangat saya kagumi
  • Banyak hasil tulisannya boleh dilihat di sekitar Turki.

  • Beliau dilahirkan pada 1253 Hijrah dan meninggal pada tahun 1330 Hijriah.

Thuluth

Outline calligraphy

Masyaq huruf ha & ain

Dua huruf yang paling susah dalam khat thuluth iaitu HA dan AIN… Lihatlah, di setiap sudutnya ada ukuran titik yang terperinci. Kita mesti membuatnya dengan free hand, tanpa bantuan apa-apa, tidak boleh ditekap (trace). Kemudian setelah jadi bentuknya, kita beralih pula kepada latihan mengekalkan bentuk huruf supaya semuanya sama atau latihan mengkonsistenkannya pula.. sebenarnya inilah latihan yang lebih susah daripada membentuk huruf tadi, tetapi ia sangat penting di dalam seni khat. Latihan inilah yang dinamakan ‘masyaq’. Seperti kata pepatah Arab:

الخط مخفى فى تعليم الأستاذ ودوامه فى كثرة المشق

“Rahsia seni khat tersembunyi di tangan guru, dan untuk mengekalkannya adalah dengan masyaq yang berterusan”

Seni Khat Diwani Jali

Assalamualaikum.. Maaf kerana lama tidak update blog. Saya agak sibuk sikit sejak kebelakangan ni… Ini design terbaru dalam khat Diwani Jali.

Teknik Menyusun Huruf

baqarah 185-2Untuk membuat susunan khat thuluth menjadi kemas dan menarik, kita boleh tonjolkan beberapa huruf yang berulang di dalam sesuatu ayat. Kebiasaanya para khattat lebih berminat untuk menonjolkan “Taj Al-Huruf” iaitu huruf Jim dan huruf Ain Majmu’ah (berbentuk bulat). Sebenarnya dengan sedikit penelitian kita boleh membuat susunan menjadi menarik walaupun tanpa huruf-huruf tadi. kita boleh tonjolkan huruf lain seperti huruf waw, ra, sin kaf dan sebagainya. Contoh di sini, saya cuba keluarkan (highlight) huruf-huruf kaf dan huruf ra mursalah. Kalau anda lihat, huruf kaf sengaja ditarik menjadi panjang hingga terkeluar dari lingkungan huruf-huruf lain dengan jarak tinggi dan lebar yang sekata berserta kombinasi ra, waw dan mim mursalah (ekor memanjang).

Latihan Khat Thuluth

As-Syaikh Muhammad Abdul Aziz Ar-Rifaie

As-Syaikh Muhammad Abdul Aziz Ar-Rifaie

 

 

 

 

 

 

Nama tokoh seni khat yang terbilang: As-Syaikh Muhammad Abdul Aziz Ar-Rifaie. Moga-moga dapat menulis sepertinya…

Latihan Khat Thuluth

Latihan Khat Thuluth

<khat1

Kanvas Kecil

Karya thuluth atas kanvas bersaiz kecil. Untuk tempahan seni khat sila hubungi saya 0193932947 atau emailkan ke: bakibkr@yahoo.com

Masya Allah - Khat Thuluth

Masya Allah - Khat Thuluth

Keunikan Khat Thuluth

Khat thuluth adalah khat yang paling susah untuk dikuasai. Ia mempunyai banyak kaedah penulisan yang sangat detail dan halus yang harus dikuasai oleh seorang penulis khat dengan tepat. Tambahan pula, susunan untuk sesuatu perkataan dan cara menulisnya boleh dipelbagaikan agar sesuai dengan ruang dan karya yang dibuat. Dan kepelbagaian susunan itu pula mempunyai kaedahnya tersendiri yang mesti diikuti

Sebagai sambungan post sebelum ini, kita akan melihat pula perubahan-perubahan yang boleh dibuat untuk perkataan BAINAHUM di dalam khat thuluth. Berdasarkan perkiraan saya, untuk perkatan ini sahaja kita boleh tulis dalam bermacam cara dan gaya dengan bilangannya hampir mencecah dua puluh bentuk. Di sini saya kemukakan sebahagian daripadanya.

 

Susunan 'Bainahum' dalam pelbagai bentuk

Susunan 'Bainahum' dalam pelbagai bentuk

Nanakah Yang Betul?

Di dalam Khat thuluth terdapat banyak kaedah penulisan yang sangat detail. Sedikit perbezaan, menyebabkan kita salah atau betul dengan kaedahnya. Di sini saya cuba kemukakan dua bentuk tulisan sebagai pendedahan kepada rakan-rakan untuk kita kongsi bersama dan dijadikan panduan. Cuba anda berikan jawapan diantara (A) dan (B), mana yang betul, mana yang salah dan kenapa..?

Perbezaan dalam khat thuluth

Perbezaan dalam khat thuluth

Terima kasih kepada anda yang telah memberi respon pada persoalan di atas. Sebenarnya perkara ini adalah diantara beberapa kesalahan tulisan yang saya temui ketika menghakimi pertandingan-pertandingan seni khat, termasuk juga Pertandingan Seni Khat Marhaban di Astro baru-baru ini. Banyak lagi masalah-masalah yang lain. Tapi kali ini saya cuba ketengahkan kaedah penulisan (bainahum) ini dahulu. Sebabnya, bagi saya ia cukup halus dan terperinci dari segi kaedahnya. Sepintas lalu, seolah-olah tiada beza.. Tetapi sebenarnya ternyata ada perbezaan yang jelas dan merumitkan. Dengan perubahan yang sedikit, ia akan membuatkan satu huruf menjadi tiga huruf.

Dan jawapannya, diantara (A) dan (B), maka pilihan yang tepat untuk kalimah ‘BAINAHUM’ adalah (A), kerana bentuk huruf yang pertama dan kedua adalah bentuk huruf BA dan YA. Manakala bagi (B) pula, gigi awal dan keduanya adalah gigi huruf SIN. Sekarang cuba kita perhatikan secara detail, diantara dua bentuk ini sebenarnya dipisahkan oleh pergerakan yang sangat halus. Perbezaannya hanyalah pada permulaan diantara ‘sin’ dan ‘ba’. Ketika menarik kebawah, Sin harus lebih pendek dan halus manakala ba lebih besar sedikit. Kemudian di penghujung gigi yang pertama. Kedua-duanya ada sedikit perbezaan ketika menolak naik. Seterusnya pada permulaan gigi yang kedua, pergerakan ketika melengkung turun juga berbeza dan lebar ba seluas dua titik dan sin hanya satu setengah titik.

Penulisan perkataan BAINAHUM di dalam khat thuluth, sebenarnya boleh dipelbagaikan. Pada pengamatan saya, kepelbagaian bentuknya yang boleh dibuat hampir mencecah bua puluh bentuk. Insya Allah saya akan terangkan pada entry yang akan datang. Semoga dengan penjelasan yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua…

………………….

Diwani Jali

Design terbaru.. ditulis pada hari nuzul quran

Diwani Jali

Hadith……..

Diwani Jali

Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga amalan kita diredhai Allah SWT…

Tulisan khat diwani jali yang ditulis pada tahun lepas untuk seorang sahabat.

Marhaban Di Astro – Batu Pahat

Gambar-gambar disekitar Pertandingan Seni Khat Marhaban Di Astro – Batu Pahat Mall pada hari sabtu 15 Ogos 2009

pertandingan khat10

pertandingan khat4pertandingan khat14pertandingan khat1pertandingan khat3pertandingan khat2pertandingan khat5pertandingan khat6pertandingan khat7pertandingan khat9pertandingan khat11

Manifestasi Perdana Seni Khat 2009M/1430H

Borang pertandingan khat 2009

Borang pertandingan khat 2009

  • Manifestasi Perdana Seni Khat 2009 merupakan lanjutan program pertandingan seni khat kali ke empat anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK), Kumpulan Utusan, Astro Oasis dan Radio IKIM
  • Penyertaan dibuka kepada 3 kategori bagi 2 peringkat pertandingan, iaitu:

Kategori A.

  • Peringkat dewasa ( Peserta berumur 19 tahun dan ke atas )
  • Peringkat bawah umur 18 tahun

Kategori B dan C

  • Terbuka kepada peserta daripada pelbagai peringkat umur dan kerjaya

– Tarikh tutup penyertaan 30 September 2009

– Khat yang dipertandingkan ialah: NASAKH, THULUTH & RIQ’AH

– Penghakiman akan dibuat di Muzium Kesenian Islam Malaysia dalam tempoh 2 minggu dari tarikh 31 Oktober 2009

– Keputusan pertandingan akan diumumkan pada pertengahan bulan November 2009

– Diantara syaratnya ialah: Pemenang – pemenang hadiah pertama Manifestasi Perdana Seni Khat 1999M/1420H, 2001M/1422H dan 2003M/1424H TIDAK BOLEH mengambil bahagian dalam kategori yang sama yang pernah dimenanginya. (huhuuu…..!!)

GOOD LUCK & SELAMAT BERKARYA……KEPADA SEMUA KHATTAT.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA (03-22742020)

Marhaban Ya Ramadhan..

O ye who believe! Fasting is prescribed for you, even as it was prescribed for those before you, that ye may ward off (evil); (ِAl-Baqarah: 183)

O ye who believe! Fasting is prescribed for you, even as it was prescribed for those before you, that ye may ward off (evil); (Al-Baqarah: 183)

guidance for mankind, and clear proofs of the guidance, and the Criterion (of right and wrong). And whosoever of you is present, let him fast the month (Al-Baqarah: 185)

guidance for mankind, and clear proofs of the guidance, and the Criterion (of right and wrong). And whosoever of you is present, let him fast the month (Al-Baqarah: 185)

Prof. Fuad Kuichi Honda

Bersama Prof. Fuad Kuichi Honda pada 30 Julai 2009 di Shah Alam.

Bersama Prof. Fuad Kuichi Honda pada 30 Julai 2009 di Shah Alam.

Khat Farisi

ثلث جلى

Khat Thuluth

Tabung Surau

tabung-khat thuluth

Khat Thuluth memerlukan latihan yang banyak  dan berterusan bagi mendapatkan tulisan bentuk-bentuk huruf dengan tepat dan cantik. Selain itu, latihan ini juga adalah satu senaman untuk melembutkan pergerakan tangan semasa menulis.

Pada peringkat permulaan, penggemar Khat Thuluth perlu memperbanyakkan latihan dengan menulis huruf- huruf tunggal dari huruf alif hingga huruf ya pada setiap hari untuk membiasakan pergerakan tangan menulis huruf-huruf mengikut timbangannya yang sebenar.

Untuk mendapatkan hasil tulisan Khat Thuluth yang halus, ia memerlukan pembelajaran dengan guru yang muktabar. Penulis yang mahu mengetahui rahsia Khat Thuluth hendaklah menulis Qasidah nun dan amsyak yang sering di tulis oleh penulis yang terkenal .

Thuluth Jali

Susunan baru

Young Muslim Project

Minggu lepas saya dikunjungi oleh Saudara Muhammed AliAerosol Arabic” dari UK, seorang artis graffiti yang begitu dikenali di sana . Beliau ke Malaysia  atas jemputan Kumpulan Young Muslim Project bagi  tujuan  mengadakan demo melukis graffiti di sini dengan menggunakan huruf-huruf Arab dan memberi  syarahan berkaitan seni berkenaan dibeberapa tempat.

Sebelum memulakan demo, beliau datang berjumpa saya untuk mendapatkan beberapa design tulisan khat yang ditulis menggunakan huruf-huruf Arab dalam bahasa Melayu. Ada beberapa design yang sempat saya tulis dan yang dipilih untuk demonya di Universiti Multimedia ialah perkataan Kebenaran dan Haq.

Boleh kunjungi website ini : http://www.junkonline.net/articles/1938-Graffiti-artist-Mohammed-Ali-spreads-some-truth

More picture here

5215_206934060454_827915454_7523381_1869644_n5215_206934070454_827915454_7523382_8076581_nkebenaranhaq5215_209454990454_827915454_7602344_7416148_n5215_209455195454_827915454_7602376_3528977_n5215_209455220454_827915454_7602381_2461391_n5215_209455250454_827915454_7602385_6392228_n5215_209454965454_827915454_7602341_6197758_n5215_207664115454_827915454_7551442_6323106_n5215_209455325454_827915454_7602398_2450743_n

Thuluth Jali

Ini latihan saya hari ini menggunakan pen bersaiz 1cm. Saiz ini sudah dikira besar di dalam menulis khat thuluth dan itulah yang dimaksudkan dengan Thuluth Jali, iaitu tulisan yang besar dan jelas. Untuk menulis khat ini, biasanya para penulis menggunakan pen yang besar seperti buluh, handam bersaiz besar ataupun kayu yang diruncing menjadi pen. Menulis Thuluth Jali sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesempurnaan dari pelbagai espek, bukan sekadar kaedah seni khatnya sahaja walaupun itulah asas yang paling utama. Selain daripada itu, perkara penting yang mempengaruhi kelancaran menulis Thuluth Jali sehingga menghasilkan satu karya yang indah ialah:

  • Kertas. Kertas jenis apa?. Licin atau kasar?. Dakwat meresap atau tidak?. Kertas  yang paling baik dan sesuai untuk menulis khat ini ialah  kertas yang diadun sendiri menggunakan ‘teh dan putih telur’, yang dipanggil ‘waraq muqahhar‘.
  • Pen. Saya sampai sekarang masih mencari-cari pen yang sesuai untuk menulis khat Thuluth Jali ni, macam Muhammad Ozjai, Daud Bektash dan Munib guna… Sesiapa ada pen macam tu, boleh bagi saya satu untuk dicuba. Saya dah cuba pen yang Profesor Koichi Honda guna, feelingnya lain sikit…
  • Dakwat. Ini juga sangat penting. Sebab thuluth ini memerlukan dakwat yang sangat lembut supaya tidak tersekat, boleh ditulis panjang tanpa terputus dan menyerlahkan getarannya…
  • Emosi. Kalau tengah tension, ada masalah, tak payah tulis lagi..!  Tunggu sehingga masalah anda selesai. Kalau tidak, hasilnya akan  jadi khat diwani jali pula..hehee.
  • Persekitaran ketika menulis perlu tenang tanpa gangguan dan bising-bising. Sebab, ketika menulis kita akan memberikan sepenuh tumpuan kepada menulis. Jika ada perkara yang mengganggu, pastilah akan menjejaskan tulisan kita.

Itulah serba ringkas yang sempat saya ingat. Ada lagi beberapa faktor lain yang tidak kurang pentingnya seperti faktor pernafasan, makanan dan teknik-teknik menulis dengan betul. Semua ini perlu dipelajari dan dilatih oleh penulis dengan tunjuk ajar daripada guru yang berpengalaman.